Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 TOPIK UTAMA | MALAIKAT​—ADAKAH MEREKA WUJUD? DAPATKAH MEREKA MEMPENGARUHI ANDA?

Malaikat​—Dapatkah Mereka Mempengaruhi Anda?

Malaikat​—Dapatkah Mereka Mempengaruhi Anda?

Pada suatu petang hari Ahad, Kenneth dan Filomena, yang tinggal di Curaçao, melawat sepasang suami isteri yang belajar Bible dengan mereka.

“Semasa kami tiba di rumah mereka,” kata Kenneth, “semua pintu ditutup, dan kereta mereka juga tiada. Tetapi hati saya tergerak untuk menelefon si isteri itu.”

Wanita itu menjawab telefon dan berkata bahawa suaminya sedang bekerja. Tetapi apabila dia sedar bahawa Kenneth dan Filomena sudah di depan rumah, dia menjemput mereka masuk.

Mereka melihat bahawa wanita itu baru habis menangis. Apabila Kenneth memulakan pembelajaran Bible dengan doa, wanita itu menangis lagi. Maka Kenneth dan Filomena menanya dia apa yang berlaku.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia ingin membunuh diri pada petang itu. Semasa Kenneth menelefonnya, dia sedang menulis nota bunuh diri kepada suaminya. Dia memberitahu mereka bahawa dia menderita akibat kemurungan, maka mereka mengongsi maklumat yang melegakan hati daripada Bible. Galakan itu telah menyelamatkan nyawa wanita itu.

“Kami bersyukur kepada Yehuwa kerana memberi kami peluang untuk membantu wanita itu,” kata Kenneth, “dan terutamanya kerana mendorong kami, mungkin melalui malaikat atau kuasa suci-Nya, untuk menghubungi wanita itu!” *

Adakah Tuhan yang mendorong Kenneth dan Filomena melalui malaikat atau kuasa suci-Nya? Adakah semua itu hanyalah satu kebetulan?

Kita tidak pasti. Namun, Tuhan pernah menggunakan malaikat-Nya untuk membantu orang secara rohani. Misalnya, Bible mengatakan bahawa Tuhan menggunakan malaikat untuk membimbing Filipus, seorang penginjil, untuk membantu seorang pegawai Etiopia.​—Kisah 8:26-31.

Dalam kepercayaan banyak agama, terdapat makhluk roh yang baik, yang diutus untuk melakukan kehendak Tuhan atau melindungi manusia. Ramai orang percaya bahawa malaikat wujud dan mempengaruhi kehidupan mereka, manakala yang lain tidak percaya akan malaikat.

Adakah malaikat benar-benar wujud? Jika ya, apakah asal usul mereka? Apakah kebenaran tentang malaikat? Dapatkah mereka mempengaruhi kehidupan anda? Mari kita lihat jawapannya.

^ per. 8 Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible. Lihat nota kaki di Kejadian 2:4.