Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 TOPIK UTAMA | EMPAT PENUNGGANG KUDA BUKU WAHYU​—MAKNANYA BAGI ANDA

Empat Penunggang Kuda—Maknanya bagi Anda

Empat Penunggang Kuda—Maknanya bagi Anda

Dari jauh, empat ekor kuda berderap kencang sehingga bumi bergegar! Kuda pertama berwarna putih, dan penunggangnya seorang raja yang baru ditakhtakan. Kuda yang menyusulinya pula berwarna merah marak, dan penunggangnya berkuasa untuk meragut keamanan dunia. Kuda yang ketiga berwarna hitam seperti langit malam, dan penunggangnya membawa neraca. Ketibaannya disambut dengan pengumuman bahawa makanan akan berkurang. Kemudian muncullah kuda pucat yang merupakan petanda bagi hal-hal yang membawa kematian. Kuda itu ditunggang oleh Maut, dan Kuburan mengekorinya dari belakang sambil menelan nyawa demi nyawa!​—Wahyu 6:1-8.

“Saya sangat takut apabila membaca tentang empat penunggang kuda ini. Saya berasa bahawa Hari Penghakiman sudah dekat dan saya pasti akan mati.”​—Crystal.

“Saya berasa teruja dengan empat penunggang kuda itu serta kuda yang pelbagai warna. Selepas saya memahami maksud penglihatan itu, semuanya masuk akal.”​—Ed.

Penglihatan tentang empat penunggang kuda itu sangat mendebarkan dan amat terkenal dalam buku Wahyu, buku terakhir dalam Alkitab. Semasa membacanya, adakah anda berasa takut seperti Crystal, atau teruja seperti Ed? Sebenarnya, maksud penglihatan itu bermanfaat untuk anda, kerana Tuhan sudah berjanji bahawa jika anda membaca, mengkaji, dan hidup menurut apa yang tertulis dalam buku Wahyu, anda pasti meraih kebahagiaan sejati.​—Wahyu 1:1-3.

Penglihatan yang nampaknya menakutkan itu telah menguatkan iman jutaan orang dan memberi mereka harapan masa depan yang cerah. Untuk mengetahui bagaimana anda juga dapat meraih manfaat ini, sila baca rencana seterusnya.