Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Adakah ketidakadilan akan lenyap dari bumi suatu hari nanti?

Apakah jawapan anda?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

Jawapan Bible

‘Ya Yehuwa, aku tahu Engkau membela perkara orang miskin, dan hak orang yang tertindas.’ (Mazmur 140:13) Kerajaan Tuhan akan melenyapkan semua ketidakadilan di bumi.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Tuhan nampak ketidakadilan yang terjadi sekarang, dan Dia pasti menegakkan keadilan.​—Yeremia 32:19.

  • Apabila Tuhan menegakkan keadilan, seluruh bumi akan damai dan selamat.​—Yesaya 32:16-18.

Dalam pandangan Tuhan, adakah satu bangsa lebih penting daripada bangsa lain?

Sesetengah orang percaya bahawa ada bangsa yang diberkati Tuhan dan ada bangsa yang dikutuk-Nya. Yang lain percaya bahawa Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata. Apakah pendapat anda?

Jawapan Bible

“Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.” (Kisah 10:34, 35) Di mata Tuhan, semua orang adalah setaraf.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Alkitab ada “berita baik” untuk “setiap bangsa, suku, bahasa, dan kaum.”​—Wahyu 14:6.