Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAAT MEMBACA BIBLE?

Mengapa Baca Bible?

Mengapa Baca Bible?

“Saya fikir Bible susah untuk difahami.”​—Jovy

“Saya merasakan bahawa membaca Bible membosankan.”​—Queennie

“Apabila saya melihat betapa tebalnya Bible, keinginan saya untuk membacanya sudah hilang.”​—Ezekiel

Adakah anda ingin membaca Bible tetapi berasa teragak-agak kerana mempunyai perasaan seperti yang dikatakan di atas? Bagi kebanyakan orang, membaca Bible merupakan hal yang sukar. Tetapi, bagaimana jika Bible dapat membantu anda memiliki hidup yang lebih gembira dan puas? Bagaimana jika terdapat cara untuk menjadikan pembacaan Bible lebih menarik? Sudikah anda mengetahui bagaimana Bible boleh membawa manfaat kepada anda?

Perhatikan beberapa komen daripada mereka yang telah meraih manfaat apabila mula membaca Bible.

Ezekiel yang berusia awal 20-an berkata, “Dahulu, saya seperti pemandu kereta yang tiada arah tuju. Namun setelah membaca Bible, kehidupan saya lebih bermakna. Bible mengandungi nasihat praktikal yang boleh diterapkan setiap hari.”

Frieda yang juga berusia awal 20-an menjelaskan, “Saya seorang yang panas baran. Tetapi menerusi pembacaan Bible, saya belajar mengawal diri. Oleh itu, orang lain lebih senang bergaul dengan saya. Sekarang, saya mempunyai lebih banyak kawan.”

Seorang wanita yang bernama Eunice berusia 50-an berkata, “Bible membantu saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan mengubah tabiat buruk saya.”

Seperti mereka, membaca Bible dapat membantu anda untuk lebih menikmati kehidupan. (Yesaya 48:17, 18) Bible dapat membantu anda (1) membuat keputusan baik, (2) mencari sahabat sejati, (3) menangani tekanan, dan (4) mempelajari kebenaran tentang Tuhan. Nasihat dalam Bible berasal daripada Tuhan. Maka anda tentu akan mendapat manfaat jika mengikut nasihat itu. Tuhan tidak pernah memberikan nasihat buruk.

Yang paling penting adalah untuk memulakan pembacaan Bible. Apakah cadangan praktikal untuk menjadikan pembacaan Bible lebih senang dan dinikmati?