Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Menangi Hati dengan Kelakuan yang Murni dan Hormat yang Mendalam

Menangi Hati dengan Kelakuan yang Murni dan Hormat yang Mendalam

Sering kali, kelakuan seorang isteri Kristian dapat mendorong suaminya untuk mempelajari kebenaran. Namun, si isteri mungkin perlu bertabah untuk bertahun-tahun. (1Pt 2:21-23; 3:1, 2) Jika anda menderita kerana dilayan dengan tidak adil, teruslah mengalahkan kejahatan dengan kebaikan. (Rm 12:21) Teladan baik anda mungkin dapat membuahkan hasil yang tidak dapat dicapai melalui kata-kata.

Cubalah fahami pandangan pasangan anda. (Flp 2:3, 4) Tunjukkanlah empati dan belas kasihan, dan berusahalah untuk menjalankan tanggungjawab anda dengan penuh hormat. Jadilah pendengar yang baik. (Yak 1:19) Bersabar dan yakinkan pasangan anda bahawa anda mengasihinya. Walaupun pasangan anda tidak menunjukkan kebaikan dan menghormati anda, yakinlah bahawa Yehuwa menghargai kesetiaan anda.​—1Pt 2:19, 20.

SILA LIHAT VIDEO YEHUWA MENGUATKAN KITA UNTUK MENANGGUNG BEBAN KITA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kehidupan Grace Li pada awal perkahwinannya?

  • Apakah yang menarik minatnya terhadap kebenaran?

  • Selepas dibaptis, bagaimanakah Saudari Li menghadapi cabarannya dengan tabah?

  • Apakah yang didoakan oleh Saudari Li mengenai suaminya?

  • Apakah berkat yang diraih Saudari Li kerana dia menunjukkan kelakuan yang murni dan hormat yang mendalam?

Kelakuan yang murni dan hormat yang mendalam mendatangkan kesan yang positif!