Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara untuk Mengkaji Bible dengan Tekun

Cara untuk Mengkaji Bible dengan Tekun

Inginkah anda tetap setia meskipun mengalami cabaran seperti Daniel? Daniel rajin mengkaji Firman Tuhan, termasuk nubuat yang mendalam. (Da 9:2) Pembelajaran sebegini menguatkan iman anda terhadap janji-janji Yehuwa dan membantu anda untuk setia. (Yos 23:14) Kasih anda kepada Yehuwa juga akan menjadi semakin kuat. Dengan itu, anda terdorong untuk melakukan apa yang benar. (Mz 97:10) Berikut merupakan cadangan yang boleh anda gunakan.

  • Apakah topik yang patut dikaji? Persiapan untuk perjumpaan ialah rutin yang baik. Buatlah penyelidikan jika ada isi yang kurang difahami dalam pembacaan Bible mingguan. Ada juga yang mengkaji nubuat Bible, aspek buah daya aktif Tuhan, perjalanan menginjil Rasul Paulus, atau ciptaan Yehuwa. Jika anda terfikir tentang satu soalan Bible, anda boleh menggunakannya sebagai topik pembelajaran.

  • Dari manakah saya boleh dapatkan maklumat? Lihat cadangan dalam video Alat Penyelidikan untuk Menerokai Harta Rohani. Ujilah kemahiran anda dengan mencari maklumat mengenai kuasa dunia yang digambarkan oleh binatang raksasa di Daniel bab 7.

  • Berapa lamakah masa yang harus diluangkan? Pembelajaran yang tetap adalah penting untuk kesihatan rohani anda. Mula-mula, buatlah pembelajaran yang singkat. Kemudian, anda boleh panjangkan tempohnya. Mengkaji Firman Tuhan umpama menggali harta karun. Semakin banyak harta yang dijumpai, semakin kuat keinginan anda untuk menggali! (Ams 2:3-6) Jadi, keinginan anda untuk mengkaji Firman Tuhan akan meningkat dan amalan ini akan sebati dengan kehidupan anda.​—1Pt 2:2.

APAKAH YANG DILAMBANGKAN OLEH BINATANG RAKSASA DI DANIEL BAB 7?

SOALAN TAMBAHAN:

Bagaimanakah nubuat di Daniel 7:8, 24 menjadi kenyataan?

PROJEK SETERUSNYA:

Apakah yang dilambangkan oleh binatang buas di Wahyu bab 13?