Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 KORINTUS 7-10

Tugas “untuk Membantu Umat Suci Tuhan”

Tugas “untuk Membantu Umat Suci Tuhan”

8:1-4; 9:7

Khidmat orang Kristian merangkumi dua tugas. Pertama, mereka menginjil dan mengajar agar dapat “membantu orang lain berbaik semula dengan [Tuhan].” Kedua, mereka juga “membantu umat suci Tuhan.” (2Ko 5:18-20; 8:4) Maka, membantu rakan seiman yang dalam kesusahan ialah sebahagian daripada khidmat suci kita. Dengan itu, kita

  • memberikan ‘bantuan secara melimpah’ kepada rakan seiman.​—2Ko 9:12a

  • membantu mereka yang menderita untuk bergiat semula dalam aktiviti rohani, seperti dalam kerja penyebaran. Maka mereka dapat mengungkapkan rasa syukur kepada Yehuwa.​—2Ko 9:12b

  • memuliakan Yehuwa. (2Ko 9:13) Dengan membantu mangsa bencana, kita dapat memberikan kesaksian kepada semua orang, termasuk mereka yang berpandangan negatif terhadap Saksi-Saksi Yehuwa