Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Gunakan Video semasa Mengajar Pelajar Bible

Gunakan Video semasa Mengajar Pelajar Bible

Alat visual dapat menarik perhatian orang dan membantunya memahami dan mengingati apa yang diajarkan. Yehuwa, Pendidik Agung kita, juga menggunakannya semasa memberikan pengajaran yang penting. (Kej 15:5; Yer 18:1-6) Yesus, Guru Agung, juga menggunakan alat visual. (Mt 18:2-6; 22:19-21) Baru-baru ini, salah satu alat visual yang terbukti berkesan ialah video. Adakah anda menggunakan video dengan sebaik-baiknya semasa mengajar pelajar Bible?

Sepuluh video telah disediakan untuk membantu kita semasa menggunakan Berita Baik daripada Tuhan! Biasanya, tajuk video berkaitan dengan salah satu soalan dalam brosur tersebut. Di jw.org, versi elektronik brosur ini mengandungi pautan video supaya kita ingat untuk memainkan video tersebut. Selain itu, terdapat video lain yang boleh digunakan bersama bahan pembelajaran daripada Bahan Utama untuk Mengajar.

Adakah anda sedang membincangkan satu topik yang sukar difahami oleh pelajar anda? Atau adakah pelajar anda sedang menghadapi cabaran tertentu? Carilah video yang sesuai di jw.org® dan Siaran JW yang dapat membantunya. Anda dan pelajar anda boleh menontonnya bersama dan membincangkannya.

Setiap bulan, banyak video yang baharu dikeluarkan. Tontonlah video itu dan fikirkan bagaimana anda dapat menggunakannya semasa mengajar pelajar anda.