Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan

Cara Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan

Sesetengah orang mungkin berasa susah untuk membaca. Maka, brosur Dengarlah Cakap Tuhan direka khas agar kebenaran Bible dapat diajar dengan menggunakan gambar. Setiap pelajaran mempunyai dua muka surat. Gambar-gambar dalam brosur ini disertai anak panah supaya perbincangan boleh diadakan mengikut urutan.

Gambar-gambar dalam brosur ini juga terdapat dalam brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya. Tetapi, brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya mengandungi lebih banyak teks dan boleh digunakan bersama pelajar yang lebih mahir membaca. Selain itu, terdapat maklumat dalam kotak yang dapat dibincangkan mengikut kemampuan pelajar. Sesetengah penyiar menggunakan brosur ini sebagai rujukan apabila mengajar pelajar Bible yang menggunakan brosur Dengarlah Cakap Tuhan.

Kedua-dua brosur ini boleh ditawarkan pada bila-bila masa. Semasa pembelajaran, gunakanlah gambar-gambar untuk menjelaskan kisah Bible. Tanyalah soalan untuk melibatkan pelajar anda dalam perbincangan itu. Dengan demikian, anda juga dapat mengenal pasti sama ada dia memahami apa yang dipelajarinya. Baca dan bincangkan ayat-ayat Bible pada bahagian bawah setiap halaman. Selepas brosur ini, anda boleh menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? untuk membantu pelajar anda membuat kemajuan sehingga dibaptis.