Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | GALATIA 4-6

Kisah yang Mempunyai “Erti Kiasan”

Kisah yang Mempunyai “Erti Kiasan”

4:24-31

Rasul Paulus menyebut tentang sebuah kisah yang mempunyai “erti kiasan” untuk menjelaskan bahawa perjanjian baharu adalah lebih unggul daripada perjanjian Hukum Musa. Di bawah pimpinan Kristus yang pengasih dan kaum terurap, umat manusia dapat dibebaskan daripada dosa, ketidaksempurnaan, kesedihan, dan kematian.​—Yes 25:8, 9.

 

HAGAR​HAMBA PEREMPUAN

Israel jasmani, dan Yerusalem merupakan ibu kotanya. Bangsa itu berada di bawah perjanjian Hukum Musa

SARA​WANITA BEBAS

Yerusalem di syurga, iaitu organisasi Tuhan di syurga

“ANAK-ANAK” HAGAR

Orang Yahudi yang terikat kepada Yehuwa menerusi perjanjian Hukum Musa. Mereka menganiaya dan menolak Yesus

“ANAK-ANAK” SARA

Kristus dan 144,000 orang Kristian terurap

PERHAMBAAN DI BAWAH PERJANJIAN HUKUM MUSA

Hukum Musa mengingatkan orang Israel bahawa mereka ialah hamba dosa

PERJANJIAN BAHARU MEMBERIKAN KEBEBASAN

Perjanjian Hukum Musa menunjukkan bahawa manusia ialah hamba dosa. Tetapi iman kepada nilai korban tebusan Yesus membawa pembebasan daripada dosa