Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Memulakan Perbualan dengan Menggunakan Risalah

Cara Memulakan Perbualan dengan Menggunakan Risalah

Sejak Januari 2018, muka depan Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian memaparkan cadangan topik perbualan. Kita digalakkan untuk memulakan perbualan dan bukan hanya menawarkan bahan bacaan. Video cadangan topik perbualan telah membantu para penyiar untuk mulakan perbualan dengan hanya menggunakan Bible. Tetapi, adakah ini bermaksud bahawa kita tidak patut menawarkan bahan bacaan semasa menginjil? Tidak! Contohnya, risalah ialah cara yang efektif untuk mulakan perbualan. Ikutlah langkah-langkah berikut semasa menggunakan mana-mana risalah:

  1. Tanya soalan aneka pilihan di muka depan risalah itu.

  2. Tunjukkan jawapan Bible yang terdapat dalam muka surat dua. Jika masa mengizinkan, baca dan bincangkan maklumat yang terdapat dalam risalah itu.

  3. Berikan risalah itu kepada penghuni rumah dan galakkannya untuk membaca maklumat lain dalam risalah itu.

  4. Sebelum beredar, tunjukkan bahagian “Cuba Fikirkan” dan buatlah janji temu untuk membincangkan jawapan Bible lain kali.

Semasa membuat kunjungan kembali, bincangkan jawapan kepada soalan anda dan tinggalkan soalan lain untuk dibincangkan. Anda boleh memilih soalan daripada laman web kita atau daripada bahan bacaan yang terdapat pada muka belakang risalah itu. Pada masa yang sesuai, perkenalkan brosur Berita Baik daripada Tuhan! atau bahan pembelajaran Bible lain yang terdapat dalam Bahan Utama untuk Mengajar.