Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

‘Paulus Bersyukur kepada Tuhan dan Menjadi Lebih Tabah’

‘Paulus Bersyukur kepada Tuhan dan Menjadi Lebih Tabah’

Semasa sidang di Roma mendapat tahu bahawa Paulus akan tiba, sekumpulan saudara telah membuat perjalanan sejauh 64 kilometer untuk bertemu dengannya. Apakah reaksi Paulus terhadap kasih yang ditunjukkan mereka? “Apabila Paulus melihat mereka, dia mengucapkan syukur kepada Tuhan dan menjadi lebih tabah.” (Kis 28:15) Biasanya, Pauluslah yang menjadi sumber galakan kepada sidang-sidang yang dilawatnya. Tetapi kali ini, Paulus, sebagai seorang tahanan, mendapat dorongan yang besar daripada rakan seimannya.​—2Ko 13:10.

Hari ini, para penyelia litar juga mengunjungi sidang-sidang untuk menggalakkan saudara saudari. Ada kalanya, mereka juga berasa letih lesu, gelisah, dan tawar hati. Jadi, dapatkah anda membantu penyelia litar dan isterinya menjadi lebih tabah? Semasa kunjungan mereka yang seterusnya, apakah yang dapat anda lakukan untuk menggalakkan mereka?​—Rm 1:11, 12.

  • Sokong perjumpaan sebelum kerja penyebaran. Penyelia litar amat digalakkan apabila melihat para penyiar membuat pengorbanan untuk menyokong minggu lawatan mereka. (1Te 1:2, 3; 2:20) Anda juga dapat menjadi perintis sokongan pada bulan kunjungannya. Dapatkah anda menginjil bersama mereka atau membawa mereka untuk menyertai pembelajaran Bible anda? Mereka sangat bersukacita apabila dapat bekerja bersama penyiar yang berlainan, termasuk mereka yang masih baharu atau kurang berpengalaman.

  • Tunjukkan kemurahan hati. Dapatkah anda menyediakan tempat tinggal atau makanan untuk mereka? Kebaikan hati anda menunjukkan bahawa anda mengasihi mereka. Sebenarnya, persediaan yang sederhana sudah memadai.​—Lu 10:38-42.

  • Dengar dan terapkan nasihat dan arahan yang diberikan. Penyelia litar dengan penuh kasih ingin membantu kita meningkatkan mutu ibadat kita. Kadangkala, dia mungkin memberikan peringatan yang tegas. (1Ko 5:1-5) Jika kita menunjukkan ketaatan dan ketundukan, hal ini pasti memberinya sukacita.​—Ibr 13:17.

  • Luahkan penghargaan. Beritahulah penyelia litar dan isterinya tentang manfaat yang anda raih daripada lawatan mereka. Anda boleh mengucapkan kata-kata penghargaan atau menuliskan mesej kepada mereka.​—Kol 3:15.