Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Anda Memanfaatkan Buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari?

Adakah Anda Memanfaatkan Buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari?

Adakah anda mempunyai tabiat membaca ayat harian daripada buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari? Jika tidak, dapatkah anda memupuk tabiat ini? Ramai yang berbuat demikian pada awal pagi. Dengan ini, mereka dapat merenungkan apa yang telah mereka baca semasa melakukan aktiviti harian. (Yos 1:8; Mz 119:97) Tetapi bagaimanakah anda dapat meraih lebih banyak manfaat daripada ayat harian? Bacalah konteks ayat itu untuk mengetahui latar belakangnya. Cuba fikirkan kisah Bible yang dapat menonjolkan prinsip dalam ayat itu. Kemudian, terapkan prinsip itu dalam kehidupan anda. Apabila anda mengikut bimbingan Firman Tuhan, kehidupan anda akan bertambah baik.​—Mz 119:105.

Keluarga Bethel di seluas dunia membincangkan ayat harian sebelum sarapan pagi. Belakangan ini, program tersebut telah dipaparkan pada Siaran JW di bahagian PROGRAM DAN ACARA. Pernahkah anda menonton program-program ini? Barangkali topik yang dibincangkan dapat membantu anda. Contohnya, kisah Lot dapat membantu anda membuat keputusan yang baik.

SILA LIHAT VIDEO JANGANLAH MENGASIHI DUNIA INI (1YO 2:15). KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN YANG BERIKUT:

  • Apakah prinsip Bible yang menjadi asas program penyembahan pagi tersebut?

  • Apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah Lot tentang mengasihi dunia ini atau perkara-perkara di dalamnya?​—Kej 13:12; 14:12; 19:3, 12, 13, 24-26

  • Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Yehuwa dan bukannya dunia ini atau perkara-perkara di dalamnya?

Bagaimanakah saya dapat menunjukkan bahawa saya menghargai Bible semasa melakukan aktiviti harian?