Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 15-17

Mengapakah Yehuwa Memberikan Nama Baharu kepada Abram dan Sarai?

Mengapakah Yehuwa Memberikan Nama Baharu kepada Abram dan Sarai?

17:1, 3-5, 15, 16

Di mata Yehuwa, Abram ialah seorang lelaki yang tidak bercela. Apabila Dia menjelaskan janji-Nya kepada Abram, Dia memberi Abram dan Sarai nama yang berkaitan dengan janji itu.

Maka selaras dengan nama baharu mereka, Abraham menjadi bapa kepada banyak bangsa dan Sara menjadi ibu kepada raja-raja.

  • Abraham

    Bapa kepada Banyak Orang

  • Sara

    Puteri

Kita tidak dapat memilih nama sendiri semasa dilahirkan. Tetapi seperti Abraham dan Sara, kita dapat membina nama yang baik. Tanyalah diri anda:

  • “Bagaimanakah saya dapat menjadi seseorang yang tidak bercela di mata Yehuwa?”

  • “Apakah reputasi saya di hadapan Yehuwa?”