Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 25-28

Jadilah Berani seperti Yeremia

Jadilah Berani seperti Yeremia

Yeremia memberikan amaran bahawa Yerusalem akan dimusnahkan seperti kota Silo

26:6

  • Tabut perjanjian, yang melambangkan kehadiran Yehuwa, pernah diletakkan di Silo

  • Yehuwa mengizinkan orang Filistin untuk merampas tabut perjanjian. Sejak itu, tabut tersebut tidak lagi diletakkan di Silo

Semua orang, termasuk para imam dan nabi, mengugut untuk membunuh Yeremia

26:8, 9, 12, 13

  • Mereka menangkap Yeremia kerana dia mengisytiharkan penghakiman terhadap Yerusalem dan Rumah Tuhan

  • Yeremia tidak berputus asa atau melarikan diri

Yehuwa melindungi Yeremia

26:16, 24

  • Yeremia terus bertindak dengan berani dan Yehuwa tidak meninggalkannya

  • Yehuwa menggunakan Ahikam untuk melindungi Yeremia

Mesej yang disampaikan Yeremia tidak disambut dengan baik. Namun, dengan bantuan dan galakan daripada Yehuwa, Yeremia terus menyebarkannya selama 40 tahun