Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 6

Bagaimanakah Pergaulan dengan Rakan Kristian Membantu Kita?

Bagaimanakah Pergaulan dengan Rakan Kristian Membantu Kita?

Madagascar

Norway

Lubnan

Itali

Meskipun Saksi-Saksi Yehuwa perlu melintasi hutan belukar atau menghadapi cuaca buruk, kami tetap menghadiri perjumpaan Kristian. Walaupun menghadapi cabaran hidup dan berasa letih selepas bekerja seharian, kami tetap berusaha untuk bergaul dengan rakan seiman. Mengapa?

Pergaulan Kristian menggalakkan kita. Paulus menyuruh kita untuk “memperhatikan” rakan Kristian di sidang. (Ibrani 10:24) Hal ini bererti kita perlu saling mengenali dan mengambil berat tentang orang lain. Dengan mengenali rakan Kristian di sidang, kami mendapati bahawa ada antara mereka telah berjaya mengatasi cabaran yang serupa dengan kami, dan mereka dapat membantu kami juga.

Pergaulan Kristian membina persahabatan yang kekal. Semasa perjumpaan, kami berkumpul dengan sahabat-sahabat yang akrab. Pada masa lain, kami juga meluangkan waktu bersama-sama untuk melakukan aktiviti yang sihat. Apakah manfaatnya? Kami lebih menghargai satu sama lain dan ikatan kasih kami bertambah kukuh. Persahabatan ini menggerakkan kami untuk menghulurkan bantuan sewaktu sahabat kami menghadapi masalah. (Amsal 17:17) Sewaktu kita bergaul dengan semua ahli sidang, kita menunjukkan keprihatinan terhadap satu sama lain.​—1 Korintus 12:25, 26.

Kami menggalakkan anda untuk memilih sahabat yang sedang melakukan kehendak Tuhan. Anda dapat menemui sahabat sedemikian dalam kalangan Saksi-Saksi Yehuwa. Janganlah biarkan apa-apa pun menghalang anda daripada bergaul dengan kami.

  • Apakah manfaatnya jika kita bergaul dengan rakan Kristian semasa perjumpaan?

  • Bilakah anda dapat meluangkan masa untuk berkenalan dengan rakan-rakan di sidang kami?