Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 26

Bagaimanakah Kami Memelihara Dewan Perjumpaan?

Bagaimanakah Kami Memelihara Dewan Perjumpaan?

Estonia

Zimbabwe

Mongolia

Puerto Rico

Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa berkait rapat dengan nama suci Tuhan. Maka, kami memandang kerja membersihkan dan memelihara Dewan Perjumpaan sebagai suatu penghormatan dan sebahagian penting daripada ibadat suci kami. Semua orang boleh menyertainya.

Tawarkan diri untuk kerja pembersihan selepas perjumpaan. Selepas setiap perjumpaan, saudara dan saudari sudi melakukan kerja pembersihan agar Dewan Perjumpaan tetap kemas. Kerja pembersihan yang lebih teliti akan dilakukan secara tetap. Seorang penatua atau pembantu sidang akan mengaturkan kerja pembersihan berpandukan senarai yang ditetapkan. Bergantung pada keadaan, seseorang akan ditugaskan untuk menyapu, mengelap atau memvakum lantai, membersihkan habuk, menyusun kerusi, membersihkan tandas, mengelap tingkap dan cermin, membuang sampah, atau membersihkan kawasan luar dewan. Sekurang-kurangnya sekali setahun, kerja pembersihan akan dibuat secara menyeluruh. Kanak-kanak juga diberikan tugas. Dengan ini, mereka diajar untuk menghormati tempat ibadat.​—Pengkhutbah 5:1.

Tawarkan diri untuk kerja penyelenggaraan. Setiap tahun, pemeriksaan terperinci akan dibuat pada bahagian dalam dan luar Dewan Perjumpaan. Kerja pembaikan akan dibuat agar keadaan dewan tetap terpelihara dan kos tambahan dapat dikurangkan. (2 Tawarikh 24:13; 34:10) Dewan Perjumpaan yang bersih dan dijaga dengan baik sesuai digunakan untuk menyembah Tuhan. Dengan ini, kami menunjukkan bahawa kami mengasihi Yehuwa dan menghargai tempat ibadat. (Mazmur 122:1) Tambahan lagi, usaha kami memberikan tanggapan yang baik kepada masyarakat umum.​—2 Korintus 6:3.

  • Mengapakah kami tidak patut mengabaikan tempat ibadat?

  • Apakah aturan yang telah ditetapkan untuk menjaga kebersihan Dewan Perjumpaan?