Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 4

Mengapakah Kami Menghasilkan Terjemahan Dunia Baharu?

Mengapakah Kami Menghasilkan Terjemahan Dunia Baharu?

Congo (Kinshasa)

Rwanda

Sebahagian teks Symmachus yang mengandungi nama Tuhan di Mazmur 69:31, abad ketiga atau keempat Masihi

Selama beberapa dekad, Saksi-Saksi Yehuwa telah menggunakan, mencetak, dan mengedarkan pelbagai terjemahan Bible. Tetapi kami kemudiannya sedar akan keperluan untuk menghasilkan terjemahan baharu yang dapat membantu orang lebih memahami “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran,” seperti yang dikehendaki Tuhan. (1 Timotius 2:3, 4) Oleh itu, pada tahun 1950, kami mula menghasilkan beberapa bahagian Bible Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Inggeris. Bible ini telah diterjemahkan dengan tepat ke dalam lebih daripada 130 bahasa.

Untuk menghasilkan Bible yang mudah difahami. Bahasa berubah seraya masa berlalu, dan banyak terjemahan menggunakan ungkapan yang lapuk atau yang sukar difahami. Tambahan lagi, catatan kuno yang lebih tepat telah ditemui. Hasilnya, kami dapat lebih memahami bahasa Ibrani, Aram, dan Yunani yang digunakan dalam Bible.

Untuk menghasilkan terjemahan yang tepat dan benar. Penterjemah Bible mesti berpegang teguh pada tulisan asal yang diilhamkan Tuhan dan tidak patut mengubahnya. Walau bagaimanapun, kebanyakan terjemahan Bible tidak menggunakan nama Tuhan, iaitu Yehuwa.

Untuk menghasilkan Bible yang memuliakan Pengarangnya. (2 Samuel 23:2) Nama Yehuwa telah muncul kira-kira 7,000 kali dalam manuskrip Bible kuno seperti gambar di bawah. Nama ini telah dimasukkan semula ke dalam Terjemahan Dunia Baharu. (Mazmur 83:18) Bible yang mudah dibaca dan yang menyampaikan fikiran Tuhan dengan jelas ini merupakan hasil kajian selama bertahun-tahun. Tidak kira sama ada anda memiliki Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa anda atau tidak, pupuklah tabiat membaca Firman Yehuwa setiap hari.​—Yosua 1:8; Mazmur 1:2, 3.

  • Mengapakah kami menghasilkan terjemahan Bible yang baharu?

  • Apakah tabiat harian yang harus dipupuk oleh orang yang ingin mempelajari kehendak Tuhan?