Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 28

Apakah Maklumat yang Terdapat dalam Laman Web Kami?

Apakah Maklumat yang Terdapat dalam Laman Web Kami?

Perancis

Poland

Rusia

Yesus Kristus memberitahu pengikutnya, “Biarlah cahaya kamu bersinar di hadapan orang lain supaya mereka melihat perbuatan baik kamu dan memuji Bapa kamu yang di syurga.” (Matius 5:16) Selaras dengan itu, kami sedang memanfaatkan teknologi moden, termasuk Internet. Laman web kami, jw.org, ialah sumber maklumat rasmi yang memaparkan kepercayaan dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa. Apakah maklumat yang terdapat dalam laman web ini?

Jawapan Bible kepada soalan yang sering ditanyakan. Anda boleh menemui jawapan kepada soalan penting yang pernah ditanyakan dalam sejarah manusia. Misalnya, risalah Adakah Kita Akan Terus Menderita? dan Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula? terdapat dalam lebih daripada 600 bahasa. Anda juga boleh membaca Bible Terjemahan Dunia Baharu dalam lebih daripada 130 bahasa dan alat bantu belajar Bible, seperti buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? dan majalah Menara Pengawal dan Sedarlah! yang terkini. Kebanyakan bahan ini boleh dibaca dan didengar dalam talian, atau dimuat turun dalam format MP3, PDF, atau EPUB. Anda juga boleh mencetak bahan ini dalam bahasa orang yang berminat. Rakaman video juga disediakan bagi banyak bahasa isyarat. Anda boleh memuat turun dan menikmati pembacaan Bible yang dramatik, drama Bible, dan muzik yang indah.

Fakta benar tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Laman web kami juga memaparkan berita dan klip-klip video terkini tentang kerja sedunia kami, peristiwa yang melibatkan Saksi-Saksi Yehuwa, dan kerja bantuan kemanusiaan. Anda dapat menjumpai maklumat tentang konvensyen yang bakal diadakan dan cara menghubungi pejabat cawangan kami.

Semua ini bertujuan untuk menyinarkan cahaya kebenaran hingga ke hujung bumi. Orang dari setiap benua, termasuk Antartika, sedang memperoleh manfaat. Kami berharap “supaya firman Yehuwa terus tersebar dengan cepat” ke seluruh pelosok bumi agar Yehuwa dimuliakan.​—2 Tesalonika 3:1.

  • Bagaimanakah jw.org mengajarkan kebenaran Bible kepada lebih ramai orang?

  • Apakah ciri-ciri laman web kami yang menarik minat anda?