Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 1

Apakah Berita Baik tentang Masa Depan?

Apakah Berita Baik tentang Masa Depan?

1. Apakah berita yang disampaikan oleh Tuhan?

Tuhan ingin orang menikmati hidup di bumi. Dia menciptakan bumi dan segala-galanya kerana Dia mengasihi umat manusia. Tidak lama lagi, Dia akan membawa masa depan yang lebih baik untuk semua orang. Dia akan melenyapkan semua penderitaan.​—Baca Yeremia 29:11.

Tiada kerajaan manusia yang pernah berjaya melenyapkan keganasan, penyakit, atau kematian. Tetapi Tuhan ada berita baik untuk semua. Tidak lama lagi, Kerajaan-Nya akan menggantikan semua kerajaan manusia. Pada masa itu, orang akan hidup aman dan sihat sejahtera.​—Baca Yesaya 25:8; 33:24; Daniel 2:44.

2. Mengapakah berita baik ini begitu penting pada masa ini?

Penderitaan hanya akan berakhir apabila Tuhan melenyapkan orang jahat dari bumi ini. (Zefanya 2:3) Bilakah hal ini akan berlaku? Menurut nubuat Bible, penderitaan yang dihadapi manusia sekarang menandakan bahawa Tuhan akan bertindak tidak lama lagi.​—Baca 2 Timotius 3:1-5.

3. Apakah yang harus kita buat?

Kita harus mengenali Tuhan menerusi Firman-Nya, Bible. Bible seperti sepucuk surat daripada seorang bapa yang penyayang. Bible mengajar kita cara untuk hidup bahagia sekarang dan cara memperoleh hidup abadi pada masa depan. Sememangnya, bukan semua orang gembira apabila anda mempelajari Bible. Tetapi jangan lepaskan peluang ini untuk memperoleh masa depan yang lebih baik.​—Baca Amsal 29:25; Wahyu 14:6, 7.