Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 CERITA 35

Hana Berdoa untuk Mendapat Seorang Anak

Hana Berdoa untuk Mendapat Seorang Anak

Seorang lelaki Israel bernama Elkana mempunyai dua orang isteri, iaitu Hana dan Penina. Dia lebih mengasihi Hana. Namun, Hana tiada anak. Penina pula mempunyai banyak anak. Jadi, dia selalu menghina Hana. Setiap tahun, Elkana sekeluarga akan pergi ke Silo untuk menyembah Tuhan di khemah suci. Pada suatu hari, Elkana nampak bahawa Hana sangat sedih. Dia pun berkata, “Janganlah nangis. Saya ada di sini. Saya sayang kamu.”

Kemudian, Hana pergi berdoa seorang diri. Dia berdoa sambil menangis, dan merayu kepada Yehuwa, “Yehuwa, jika Engkau memberi saya seorang anak, saya akan biarkan dia berkhidmat kepada-Mu seumur hidupnya.”

Semasa Imam Agung Eli melihat Hana, dia berfikir bahawa Hana mabuk. Tetapi Hana berkata, “Tidak tuan! Saya tidak mabuk. Saya sedang beritahu Yehuwa tentang masalah saya.” Eli sedar bahawa dia salah faham, jadi dia memberitahu Hana, “Semoga Tuhan mengabulkan doamu.” Hana tidak berasa sedih lagi lalu dia pergi dari situ. Dalam masa setahun, dia melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Samuel. Dapatkah adik bayangkan perasaan Hana?

Hana tidak lupa tentang janjinya kepada Tuhan. Sebaik sahaja Samuel  berhenti menyusu, Hana membawanya ke khemah suci. Dia berkata kepada Eli, “Tuhan telah memberi saya anak ini. Maka anak ini akan berkhidmat kepada Yehuwa seumur hidupnya.” Setiap tahun, Elkana dan Hana akan melawat Samuel dan membawa baju baharu untuknya. Yehuwa juga memberkati Hana dengan tiga lagi anak lelaki dan dua anak perempuan.

“Teruslah meminta, dan kamu akan menerimanya; teruslah mencari, dan kamu akan menemukannya.”​—Matius 7:7