Lompat ke kandungan

Apakah Pandangan Anda terhadap Bible?

Apakah Pandangan Anda terhadap Bible?

Adakah Bible sebuah buku . . .

  • tentang ilmu manusia?

  • tentang cerita dongeng?

  • daripada Tuhan?

 JAWAPAN BIBLE

“Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.”​—2 Timotius 3:16, Terjemahan Dunia Baharu.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang penting dalam hidup.​—Amsal 2:1-5.

Memiliki panduan hidup yang boleh dipercayai.​—Mazmur 119:105.

Mempunyai harapan sejati untuk masa depan.​—Roma 15:4.

 BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:

  • Isinya selaras dan harmoni. Kerja menulis Bible memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Kira-kira 40 orang menulisnya dan ada di antara mereka yang tidak pernah bertemu. Biarpun begitu, seluruh Bible adalah selaras dan menjunjung nama Tuhan serta pemerintahan-Nya!

  • Catatan sejarah yang jujur. Ahli sejarah selalunya menutupi kegagalan bangsa mereka. Tetapi penulis Bible jujur. Mereka mencatatkan kesilapan bangsa sendiri, serta menulis tentang kelemahan sendiri.​—2 Tawarikh 36:15, 16; Mazmur 51:1-4.

  • Ramalan yang tepat. Bible memberitahu tentang kejatuhan sebuah kota kuno, iaitu Babilon, 200 tahun sebelum kejadian itu berlaku. (Yesaya 13:17-22) Bible tidak hanya menyatakan bagaimana kota itu akan ditawan, tetapi juga nama orang yang menaklukinya!​—Yesaya 45:1-3.

    Banyak ramalan Bible yang lain juga terjadi dengan tepat sekali. Hal ini tidak luar biasa kerana Bible ialah Firman Tuhan.​—2 Petrus 1:21.

 CUBA FIKIRKAN

Bagaimanakah Bible membantu anda menjalani hidup yang lebih baik?

Bible memberikan jawapannya di YESAYA 48:17, 18 dan 2 TIMOTIUS 3:16, 17.