Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 PELAJARAN 2

Ribka Ingin Membuat Yehuwa Gembira

Ribka Ingin Membuat Yehuwa Gembira

Ribka seorang wanita yang mengasihi Yehuwa. Suaminya yang bernama Ishak juga mengasihi Yehuwa. Bagaimanakah Ribka mengenali Ishak? Bagaimanakah Ribka tunjuk dia ingin membuat Yehuwa gembira? Mula-mula, mari kita belajar tentang Ishak.

Ibu bapa Ishak ialah Abraham dan Sara. Mereka tinggal di Kanaan. Orang Kanaan tidak menyembah Yehuwa. Tetapi, Abraham mahu anaknya kahwin dengan wanita yang menyembah Yehuwa. Oleh itu, dia menyuruh hambanya, barangkali Eliezer, untuk pergi ke tempat tinggal saudara mara Abraham di Haran dan mencari isteri bagi Ishak.

Ribka rela bekerja keras untuk mengambil air bagi unta-unta

Eliezer pergi bersama hamba Abraham yang lain. Perjalanan mereka sangat jauh. Mereka pergi bersama sepuluh ekor unta. Unta-unta itu membawa makanan dan hadiah. Bagaimanakah Eliezer dapat mencari wanita yang sesuai untuk Ishak? Apabila sampai di Haran, mereka berhenti di sebuah perigi, sebab Eliezer tahu tidak lama lagi ada orang yang akan datang ambil air. Dia berdoa kepada Yehuwa dan berkata, “Jika saya minta air daripada seorang wanita, dan dia berikan air kepada saya dan semua unta-unta ini, saya tahu itulah wanita yang kamu pilih.”

 Lalu Ribka yang masih muda datang ke perigi. Bible katakan bahawa dia sangat cantik. Eliezer minta air daripadanya, lalu dia berkata, “Sudah tentu. Ambillah air ini. Saya akan ambil air bagi unta-unta kamu juga.” Bayangkan, unta-unta yang haus minum banyak air! Jadi, Ribka perlu berulang-alik ke perigi untuk mendapatkan air. Dapatkah adik lihat dalam gambar ini bahawa dia sangat rajin?— Eliezer kagum dengan cara Yehuwa menjawab doanya.

Eliezer memberi banyak hadiah yang cantik kepada Ribka. Dia menjemput Eliezer dan hamba yang lain ke rumah keluarganya. Eliezer menjelaskan tujuan Abraham menyuruhnya datang dan cara Yehuwa menjawab doanya. Keluarga Ribka gembira, dan membenarkan dia berkahwin dengan Ishak.

Ribka pergi ke Kanaan bersama Eliezer dan berkahwin dengan Ishak

Tetapi adakah Ribka ingin berkahwin dengan Ishak?— Ribka tahu bahawa Yehuwa yang suruh Eliezer datang. Oleh itu, semasa keluarga Ribka tanya sama ada dia ingin pergi ke Kanaan dan berkahwin dengan Ishak, dia berkata, “Ya, saya mahu.” Dengan segera, dia pergi bersama Eliezer. Apabila sampai di Kanaan, dia berkahwin dengan Ishak.

Yehuwa memberkati Ribka, kerana dia melakukan apa yang diminta Yehuwa. Bertahun-tahun kemudian, Yesus dilahirkan daripada keturunannya! Jika adik meniru Ribka dan membuat Yehuwa gembira, Dia akan memberkati kamu juga.

BACALAH AYAT-AYAT INI