Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 4

Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa

Dia Gembirakan Ayahnya dan Yehuwa

Apakah janji yang sedang Yefta buat kepada Yehuwa?

Walaupun susah, anak perempuan Yefta tetap menepati janji ayahnya

Dapatkah adik lihat gadis dalam gambar ini?— Dia ialah anak perempuan Yefta. Bible tidak memberitahu namanya, tetapi kita tahu dia gembirakan ayahnya dan Yehuwa. Mari kita belajar tentang dia dan ayahnya, iaitu Yefta.

Yefta seorang lelaki yang baik. Dia menghabiskan banyak masa untuk mengajar anaknya tentang Yehuwa. Dia juga seorang lelaki yang kuat dan ketua yang bagus. Jadi, orang Israel memintanya untuk menjadi ketua semasa berperang melawan musuh.

Yefta berdoa supaya Tuhan membantunya untuk menang. Dia berjanji, jika dia menang, orang pertama yang keluar dari rumahnya semasa dia kembali akan diberikan kepada Yehuwa. Orang ini akan tinggal dan bekerja di khemah suci Tuhan buat seumur hidup. Pada masa itu, khemah suci ialah tempat untuk menyembah Tuhan. Yefta menang dalam peperangan itu! Tahukah adik siapa orang pertama yang keluar menyambut Yefta semasa dia kembali?—

Ya, anak perempuan Yefta! Inilah satu-satunya anak Yefta, tetapi sekarang dia perlu menghantar anaknya pergi. Yefta berasa sangat sedih. Tetapi ingatlah, dia telah membuat satu janji. Dengan serta-merta, anaknya berkata, “Ayah telah berjanji kepada Yehuwa, ayah mesti menepati janji itu.”

Setiap tahun, kawan-kawan anak perempuan Yefta pergi melawatnya

Anak perempuan Yefta juga berasa sedih. Di khemah suci, dia tidak boleh berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi, dia sangat ingin menepati janji ayahnya dan gembirakan Yehuwa. Baginya ini lebih penting daripada berkahwin atau mempunyai anak. Jadi dia meninggalkan rumahnya dan tinggal di khemah suci seumur hidup.

Adakah apa yang dia buat gembirakan ayahnya dan Yehuwa?— Ya! Jika adik taat dan mengasihi Yehuwa, adik dapat jadi seperti anak perempuan Yefta. Adik juga akan gembirakan ibu bapa dan Yehuwa.