Zefanya 2:1-15
2 Hai bangsa yang tidak tahu malu,+Datanglah dan berkumpullah+
2 Sebelum hari kemurkaan Yehuwa tiba,Sebelum penghakiman Tuhan dilaksanakan,Sebelum hari itu berlalu bagaikan sekam yang ditiup angin,+Dan sebelum kamu merasai bahang kemurkaan Yehuwa.
3 Carilah Yehuwa,+ hai semua yang rendah hati di bumi,Dan yang mentaati hukum-Nya yang adil.
Berusahalah untuk melakukan apa yang benar dan untuk menunjukkan kerendahan hati.
Mungkin kamu akan dilindungi* pada hari kemurkaan Yehuwa.+
4 Gaza akan menjadi kota yang terbiar,Dan kota Askelon akan menjadi tempat yang tandus.+
Penduduk Asdod akan diusir pada tengah hari,Dan penduduk Ekron akan dibuang dari tempat tinggal mereka.+
5 “Malanglah bangsa Kreti yang tinggal di persisiran laut!+
Aku, Yehuwa, telah mengutuk kamu.
Hai Kanaan, negeri orang Filistin, Aku akan memusnahkanmuSehingga tidak ada lagi pendudukmu.
6 Kawasan persisiran laut akan menjadi padang rumput;Di situ akan ada perigi untuk para gembala dan kandang* untuk biri-biri.
7 Tempat itu akan menjadi milik orang Yehuda yang terselamat.+Di situlah mereka akan makan.
Pada waktu malam, mereka akan berbaring di dalam rumah-rumah di kota Askelon.
Aku, Yehuwa, Tuhan mereka, akan menjaga mereka,Dan Aku akan membawa pulang umat-Ku yang ditawan.”+
8 “Aku sudah mendengar cemuhan orang Moab+ dan celaan orang Ammon.+Mereka telah mengejek umat-Ku dan bercakap besar bahawa mereka akan merampas tanah umat-Ku.+
9 Oleh itu, demi Aku yang hidup,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel,“Aku bersumpah bahawa Moab akan menjadi seperti Sodom,+Dan Ammon akan menjadi seperti Gomora.+Kedua-duanya akan dipenuhi semak dan lubang garam, serta menjadi tanah tandus buat selama-lamanya.+
Umat-Ku yang terselamat akan menjarah harta penduduk di situ,Dan merampas apa yang dimiliki oleh mereka.
10 Itulah kesudahan mereka kerana mereka angkuh dan sombong,+Serta mencela umat milik Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.
11 Aku, Yehuwa, akan membuat mereka ketakutan.Aku akan menghancurkan dewa dewi di bumi.*Semua bangsa yang tinggal di pulau akan menyembah-Ku,+Masing-masing di tempat sendiri.
12 Orang Etiopia* juga akan Aku bunuh dengan pedang.+
13 Aku akan menghulurkan tangan-Ku ke arah utara dan memusnahkan Assyria.Aku juga akan menjadikan Niniwe tempat yang tandus+ dan kering-kontang bagaikan padang gurun.
14 Di situ, kawanan pelbagai jenis binatang liar akan berbaring.
Pada waktu malam, burung undan dan landak akan tidur di antara tiang-tiang yang runtuh.
Nyanyian yang pilu akan kedengaran di jendela,
Reruntuhan akan kelihatan di ambang pintu,Dan papan kayu sedar pada dinding akan dibiarkan terdedah kepada angin dan hujan.
15 Dahulu kota itu menganggap dirinya tenteram,Dan berkata dengan angkuh dalam hatinya, ‘Akulah yang terutama, tiada sesiapa pun yang dapat menandingiku.’
Tetapi kota itu akan menjadi tempat yang menakutkan,Tempat binatang-binatang liar berbaring!
Setiap orang yang lalu di kota itu akan menggeleng kepala dan mentertawakannya.”+
Nota Kaki
^ Atau “disembunyikan.”
^ Merujuk kepada kandang yang diperbuat daripada tembok batu.
^ Atau “akan menyebabkan dewa dewi di bumi menjadi lemah dan tidak berdaya.”
^ Atau “Habsyah.”