Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes 10:1-42

  • Gembala dan kandang bebiri (1-21)

    • Yesus gembala yang baik (11-15)

    • ‘Aku memiliki bebiri lain’ (16)

  • Orang Yahudi menyoal Yesus semasa Perayaan Pentahbisan (22-39)

    • Ramai orang Yahudi enggan percaya (24-26)

    • “Biri-biriku mendengarkan suaraku” (27)

    • Anak bersatu dengan Bapa (30, 38)

  • Ramai di seberang Sungai Yordan percaya (40-42)

10  “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang tidak memasuki kandang biri-biri melalui pintu, tetapi memanjat masuk melalui tempat lain, dia seorang pencuri dan perompak.+  Tetapi orang yang masuk melalui pintu ialah gembala kawanan biri-biri.+  Penjaga kandang membuka pintu baginya,+ dan kawanan biri-biri mendengar suaranya.+ Dia memanggil nama setiap biri-birinya dan memimpin kawanan biri-biri itu keluar.  Setelah dia membawa semua biri-birinya keluar, dia berjalan di hadapan dan kawanan biri-birinya mengikutnya kerana mengenal suaranya.  Kawanan biri-biri itu pasti tidak akan mengikut orang yang tidak dikenali, tetapi akan lari daripadanya kerana tidak mengenal suara orang itu.”  Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, tetapi mereka tidak memahami apa yang dikatakan olehnya.  Maka Yesus berkata lagi, “Ketahuilah: Akulah pintu bagi kawanan biri-biri.+  Semua orang yang berpura-pura menjadi aku ialah pencuri dan perompak, tetapi kawanan biri-biri tidak mendengarkan mereka.  Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui aku akan diselamatkan. Dia akan masuk dan keluar, dan dia juga akan menjumpai padang rumput.+ 10  Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan membawa kemusnahan.+ Aku datang supaya biri-biri menerima kehidupan dan memilikinya buat selama-lamanya. 11  Aku ialah gembala yang baik.+ Gembala yang baik menyerahkan nyawanya demi kawanan biri-birinya.+ 12  Pekerja upahan bukanlah gembala dan pemilik biri-biri. Semasa dia melihat serigala datang, dia meninggalkan kawanan itu dan melarikan diri. Akhirnya serigala menyerang dan mencerai-beraikan kawanan biri-biri. 13  Dia melarikan diri kerana dia orang upahan dan tidak mempedulikan kawanan biri-biri. 14  Akulah gembala yang baik. Aku mengenal biri-biriku dan biri-biriku mengenal aku,+ 15  sebagaimana Bapa mengenal aku dan aku mengenal Bapa.+ Aku menyerahkan nyawaku demi kawanan biri-biri.+ 16  “Aku memiliki biri-biri lain yang bukan dari kandang ini.+ Aku mesti memimpin kawanan itu juga. Mereka semua akan mendengar suaraku dan menjadi satu kawanan di bawah satu gembala.+ 17  Bapa mengasihi aku,+ kerana aku menyerahkan nyawaku+ agar aku dapat menerimanya semula. 18  Tiada orang yang meragut nyawaku, tetapi aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya dan aku berhak menerimanya semula.+ Inilah perintah yang aku terima daripada Bapaku.” 19  Perpecahan berlaku lagi dalam kalangan orang Yahudi+ kerana kata-kata Yesus. 20  Ramai antara mereka berkata, “Dia dirasuk roh jahat, dia sudah gila. Mengapakah kamu mendengarkan dia?” 21  Yang lain pula berkata, “Orang yang dirasuk roh jahat tidak akan bercakap sedemikian. Tidak mungkin roh jahat dapat memulihkan penglihatan orang buta, bukan?” 22  Pada masa itu, Perayaan Pentahbisan sedang berlangsung di Yerusalem. Masa itu ialah musim sejuk, 23  dan Yesus sedang berjalan di Serambi* Salomo+ di Rumah Tuhan. 24  Orang Yahudi berkumpul di sekelilingnya lalu berkata, “Sampai bila Guru ingin membuat kami tertanya-tanya? Jika Guru ialah Kristus, beritahulah kami secara terus terang.” 25  Yesus menjawab, “Aku sudah memberitahu kamu, tetapi kamu tidak percaya. Perbuatan yang aku lakukan atas nama Bapaku memberikan kesaksian tentang aku.+ 26  Namun, kamu tidak percaya, kerana kamu bukan biri-biriku.+ 27  Biri-biriku mendengarkan suaraku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut aku.+ 28  Aku memberi mereka kehidupan kekal,+ dan mereka sama sekali tidak akan musnah. Tiada sesiapa pun dapat merampas mereka daripada tanganku.+ 29  Mereka yang dikurniakan oleh Bapaku kepadaku lebih berharga daripada segala-galanya. Tiada sesiapa pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.+ 30  Aku dan Bapa satu.”*+ 31  Sekali lagi orang Yahudi memungut batu untuk merejamnya. 32  Tetapi Yesus berkata, “Seperti yang diperintahkan oleh Bapa, aku sudah melakukan banyak perbuatan baik untuk kamu. Perbuatan manakah yang menyebabkan kamu mahu merejam aku?” 33  Orang Yahudi menjawab, “Kami merejam kamu, bukan kerana perbuatan baikmu, tetapi kerana kamu menghina Tuhan.+ Kamu hanya manusia, tetapi kamu menjadikan dirimu tuhan.” 34  Yesus menjawab, “Ada tertulis dalam Hukum kamu, ‘Tuhan berfirman, “Kamu ialah tuhan,”’*+ 35  dan kita tahu bahawa ayat suci tidak dapat dihapuskan. Jika Tuhan menggelar orang yang dikutuk dalam firman-Nya sebagai ‘tuhan,’+ 36  wajarkah kamu berkata kepadaku, ‘Kamu menghina Tuhan’ semasa aku mengatakan bahawa ‘aku ialah Anak Tuhan,’ sedangkan aku disucikan dan diutus ke dunia oleh Bapa?+ 37  Jika aku tidak melakukan kerja yang diberikan oleh Bapaku, janganlah percaya kepadaku. 38  Tetapi jika aku melakukannya, percayalah kepada perbuatanku+ meskipun kamu tidak percaya kepadaku. Dengan ini kamu akan faham dan tetap percaya bahawa Bapa bersatu dengan aku dan aku bersatu dengan Bapa.”+ 39  Sekali lagi mereka mencuba menangkapnya, tetapi Yesus berjaya melarikan diri. 40  Yesus pergi lagi ke seberang Sungai Yordan dan tinggal di sana. Di situlah tempat Yohanes mula-mula membaptis orang.+ 41  Ramai orang datang kepadanya. Mereka berkata, “Yohanes tidak pernah melakukan satu mukjizat pun, tetapi semua perkara yang dikatakan oleh Yohanes mengenai lelaki ini adalah benar.”+ 42  Oleh itu, ramai orang di situ beriman kepada Yesus.

Nota Kaki

Laluan berbumbung yang mempunyai banyak tiang.
Atau “bersatu.”
Atau “Kamu seperti tuhan.”