Yesaya 9:1-21
9 Namun, kegelapan yang menimpa negeri ini tidak akan seteruk kesusahan yang berlaku ketika tanah Zebulun dan tanah Naftali dipandang hina.+ Pada masa depan, Tuhan akan mendatangkan kemuliaan kepada tempat-tempat yang dipandang hina itu—jalan di tepi laut, kawasan Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain.
2 Orang yang berjalan dalam kegelapanTelah melihat cahaya yang gemilang.
Orang yang tinggal di negeri yang gelap-gelitaTelah disinari cahaya.+
3 Ya Tuhan, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah banyak;Engkau telah memberi mereka sukacita yang besar.
Mereka bergembira di hadapan-Mu,Seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman,Dan seperti orang yang bergembira semasa membahagi-bahagikan barang jarahan.
4 Engkau telah menghancurkan kuk* yang membebankan mereka dan mematahkan kayu yang digunakan untuk memukul bahu mereka.Engkau memusnahkan tongkat yang dipegang oleh pengawas abdi mereka,Sebagaimana Engkau mengalahkan orang Midian pada masa dahulu.+
5 Kasut para askar yang menggegarkan bumi ketika mereka berkawadDan semua pakaian mereka yang berlumuran darahAkan musnah dijilat api.
6 Seorang anak telah dilahirkan bagi kita;+Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita.Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.+
Dia akan dipanggil Penasihat Bijaksana,+ Tuhan yang Berkuasa,*+ Bapa Kekal, dan Pemimpin Kedamaian.
7 Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannyaBerdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+Dari sekarang hingga selama-lamanya.
Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.
8 Yehuwa telah memberikan amaran kepada keturunan Yakub,Dan perkhabaran-Nya telah disampaikan kepada orang Israel.+
9 Semua orang akan mendengar amaran itu.Sesungguhnya, orang Efraim dan penduduk Samaria akan mendengarnya.Dengan sombong dan tinggi hati, mereka berkata,
10 “Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu bata telah roboh,Tetapi kami akan membina bangunan yang diperbuat daripada batu yang dipahat.+
Pokok-pokok ara telah ditebang,Tetapi kami akan menggantikannya dengan pokok sedar.”
11 Yehuwa akan menggerakkan musuh-musuh Rezin untuk menyerang mereka.Dia akan mendorong musuh orang Israel untuk bertindak.
12 Bangsa Siria akan datang dari timur dan bangsa Filistin akan datang dari barat.+Bangsa-bangsa itu akan mengangakan mulut untuk menelan Israel.+
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
13 Meskipun umat ini dihukum oleh Tuhan, mereka tidak kembali kepada-Nya;Mereka tidak mencari Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
14 Dalam masa sehari Yehuwa akan bertindak.Dia akan memotong kepala dan ekor serta tunas dan rumput tinggi* di Israel.+
15 Para pemimpin yang terhormat ialah kepala,Dan nabi yang memberikan ajaran sesat ialah ekor.+
16 Para pemimpin telah menyesatkan rakyat;Mereka telah menyebabkan rakyat keliru.
17 Seluruh umat ini murtad dan jahat;+Mereka semua mengucapkan kata-kata yang bodoh.Oleh itu, Yehuwa tidak akan menyukai orang muda mereka,Dan Dia tidak akan berbelas kasihan terhadap anak yatim dan balu mereka.
Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
18 Kejahatan mereka bagaikan api yang menyala,Yang menghanguskan lalang dan semak berduri.
Belukar di hutan turut terbakar,Sehingga asap naik berkepul-kepul.
19 Oleh sebab Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka,Negeri ini dibakar,Dan penduduknya menjadi bahan api.
Tiada seorang pun yang akan mengasihani saudaranya.
20 Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kanan mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih akan lapar.Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kiri mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih tidak akan puas.
Orang akan memakan daging lengan sendiri;
21 Orang Manasye akan membaham orang Efraim,Dan orang Efraim akan membaham orang Manasye.
Mereka akan bersama-sama menyerang Yehuda.+
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
Nota Kaki
^ Istilah “Tuhan yang Berkuasa” diterjemahkan daripada perkataan ʼEl Gib·bohrʹ. Perkataan ini berbeza daripada ʼEl Shad·daiʹ yang diterjemahkan sebagai “Tuhan Yang Maha Kuasa,” seperti yang terdapat di Kej 17:1.
^ Atau mungkin, “serta dahan pokok palma dan mensiang.”