Yesaya 58:1-14
58 Tuhan berfirman kepadaku, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Janganlah menahan dirimu!
Lantangkanlah suaramu seperti bunyi trompet.
Beritahulah umat-Ku tentang pemberontakan mereka;+Maklumkanlah keturunan Yakub tentang dosa-dosa mereka.
2 Bangsa ini mencari Aku setiap hariDan mengatakan bahawa mereka ingin mengetahui jalan-Ku,Seolah-olah mereka itu sentiasa berbuat baikDan tidak pernah mengingkari perintah Aku, Tuhan mereka.+
Mereka meminta Aku mengadili dengan saksama,Dan mereka mengatakan bahawa mereka ingin menghampiri-Ku.+
3 Mereka bertanya, ‘Mengapakah Engkau tidak nampak kami semasa kami berpuasa?+
Mengapakah Engkau tidak memperhatikan kami ketika kami berdukacita atas dosa-dosa sendiri?’+
Aku menjawab, ‘Hal ini demikian kerana pada hari kamu berpuasa, kamu mementingkan hal* sendiriDan menindas pekerja-pekerja kamu.+
4 Semasa kamu berpuasa, kamu bertengkar, bergaduh,Dan bertumbuk dengan ganas.
Jika kamu berpuasa dalam cara sedemikian, jangan sangka bahawa seruan kamu akan kedengaran di syurga.
5 Adakah waktu berpuasa yang Aku tetapkanSekadar masa untuk menunjukkan rasa kesal,Menundukkan kepala seperti rumput tinggi,Dan menjadikan kain guni dan abu tempat tidur?*
Adakah kamu menyangka bahawa puasa kamu itu akan menyenangkan hati Aku, Yehuwa?
6 Inilah puasa yang Aku kehendaki:
Tanggalkanlah belenggu kejahatan,Lepaskanlah tali-tali pada kuk yang membebankan,+Patahkanlah semua kuk,Dan bebaskanlah orang yang ditindas.+
7 Kongsilah makanan kamu dengan orang yang lapar,+Sambutlah orang miskin dan orang yang tiada tempat berteduh ke dalam rumah kamu,Berikanlah pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian,+Dan janganlah menolak sanak saudara kamu yang meminta pertolongan.
8 Jika kamu berbuat demikian, cahaya kamu akan bersinar seperti fajar menyinsing,+Dan kamu akan disembuhkan dengan segera.
Perbuatan baik kamu akan berjalan di hadapan kamu,Dan kemuliaan Aku, Yehuwa, akan melindungi kamu dari belakang.+
9 Jika kamu menyingkirkan kuk penindasan daripada kalangan kamu,Berhenti menuding jari, dan tidak lagi mengucapkan apa yang buruk,+
Aku, Yehuwa, akan mendengar semasa kamu berseru meminta tolong.Ketika kamu berseru, Aku akan menjawab, “Aku di sini!”
10 Jika kamu memberikan apa yang kamu gemari kepada orang yang lapar+Dan memuaskan keperluan orang yang ditindas,Cahaya kamu akan memancar bahkan dalam kegelapan,Dan kekelaman kamu pun akan menjadi seterang tengah hari.+
11 Aku, Yehuwa, akan sentiasa memimpin kamu,Dan Aku akan membuat kamu berpuas hati biarpun kamu berada di tanah yang gersang.+Aku akan menguatkan tulang-tulang kamu.Kamu akan menjadi seperti taman yang diairi dengan baik,+Dan seperti mata air yang tidak pernah kering.
12 Kota-kota yang dimusnahkan dahulukala akan dibina semula atas permintaan kamu;+Asas-asas bangunan yang sudah terbiar sejak zaman purba akan kamu baiki.+
Kamu akan dikenali sebagai orang yang memulihkan tembok-tembok yang rosak,+Dan sebagai orang yang membaiki jalan di kawasan kediaman.
13 Jika kamu merayakan hari Sabat, hari suci Aku, Yehuwa, dan tidak mementingkan hal-hal sendiri pada hari itu;+Jika kamu memandang hari itu sebagai hari penting+ yang membawa sukacita besar;Jika kamu tidak meremehkan hari suci itu, tidak mengejar kesenangan diri, dan tidak bercakap kosong pada hari Sabat,
14 Aku, Yehuwa, akan menjadi sumber sukacita kamu.Aku akan membolehkan kamu menguasai tempat-tempat yang tinggi di bumi,+
Dan kamu akan menikmati* hasil daripada tanah yang diberikan kepada Yakub, nenek moyang kamu, sebagai warisan.+Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”
Nota Kaki
^ Atau “mengejar kesenangan.”
^ Perbuatan ini menunjukkan bahawa seseorang sedang berdukacita atau sedang menyesal atas dosa yang dilakukannya.
^ Atau “makan.”