Yesaya 56:1-12

  • Berkat bagi orang asing dan orang yang telah dikembiri (1-8)

    • “Rumah tempat berdoa bagi semua bangsa” (7)

  • Pengawal yang buta seperti anjing bisu (9-12)

56  Yehuwa berfirman, “Lakukanlah apa yang adil+ dan benar,Kerana tidak lama lagi, Aku akan membawa penyelamatan,Dan keadilan-Ku akan menjadi nyata.+   Berbahagialah orang yang melakukan semua ituDan yang berpegang teguh padanya.Berbahagialah orang yang menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat.+Berbahagialah orang yang menahan tangannya daripada segala perbuatan jahat.   Orang asing yang menyembah Aku, Yehuwa,+ tidak harus berkata,‘Yehuwa pasti akan mengasingkan aku daripada umat-Nya.’ Orang yang tidak dapat beranak* tidak patut berkata, ‘Aku bagaikan sebatang pokok yang kering.’”  Yehuwa berfirman, “Jika orang yang telah dikembiri menyambut hari Sabat untuk menghormati Aku, memilih apa yang menyenangkan hati-Ku, dan berpegang teguh pada perjanjian-Ku,   Aku akan menyediakan suatu tempat di Rumah-Ku bagi mereka, dan Aku akan memperingati nama mereka.Hal itu lebih baik daripada mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. Nama yang Aku berikan kepada merekaAkan kekal selama-lamanya dan tidak akan dilupakan.   Jika orang asing menyembah Aku, Yehuwa,Kerana mereka mengasihi nama Aku, Yehuwa,+Dan ingin berkhidmat kepada-Ku serta menjadi hamba-Ku,Dan jika mereka menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum SabatSerta berpegang teguh pada perjanjian-Ku,   Aku juga akan membawa mereka ke gunung suci-Ku+Dan memberi mereka sukacita di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menerima korban bakar dan korban-korban lain yang dipersembahkan oleh mereka di atas mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa.”+  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan yang sedang mengumpulkan orang Israel yang tercerai-berai,+ berfirman, “Selain mereka yang sudah dikumpulkan, Aku juga akan mengumpulkan bangsa-bangsa lain.”+   Hai semua binatang liar di padang dan di hutan,Marilah dan makanlah.+ 10  Para pengawal sudah buta+ dan langsung tidak memberikan perhatian.+ Mereka semua seperti anjing bisu yang tidak dapat menyalak.+ Mereka tercungap-cungap sambil berbaring, dan mereka suka tidur sahaja. 11  Mereka seperti anjing yang rakus,Dan mereka tidak tahu berasa puas. Mereka ialah gembala yang tidak mempunyai pengertian.+ Mereka semua mengikut haluan masing-masing.Setiap seorang daripada mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan yang tidak jujur, dan mereka berkata, 12  “Datanglah, aku akan mengambil wain.Marilah kita minum dengan sepuas-puasnya.+ Esok akan sama seperti hari ini, bahkan lebih baik lagi!”

Nota Kaki

Atau “yang telah dikembiri.”