Yesaya 55:1-13
55 “Hai semua orang yang dahaga,+ marilah dan minumlah air!+
Hai semua orang yang tidak mempunyai wang, marilah dan terimalah* makanan!
Marilah! Terimalah* wain dan susu+ tanpa membayar apa-apa.+
2 Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk membeli sesuatu yang tidak mengenyangkan?Mengapakah kamu menghabiskan upah kamu* untuk mendapatkan sesuatu yang tidak memuaskan?
Dengarlah firman-Ku dengan teliti, maka kamu akan makan hidangan yang baik+Dan menikmati makanan yang paling bermutu.+
3 Berikanlah perhatian dan datanglah kepada-Ku.+
Dengarlah, maka kamu akan tetap hidup.Kasih setia yang telah Aku janjikan kepada Daud itu dapat dipercayai, dan Aku akan menunjukkan kasih setia itu kepada kamu juga.+Maka Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan kamu.+
4 Aku menjadikan dia seorang saksi+ kepada bangsa-bangsa,Seorang pemimpin+ dan pemerintah+ kepada bangsa-bangsa.”
5 Kamu akan memanggil bangsa yang tidak kamu kenal,Dan bangsa yang tidak mengenal kamu akan berlari kepada kamu.Mereka akan berbuat demikian kerana Yehuwa, Tuhan kamu,+Tuhan Israel Yang Suci, akan memuliakan kamu.+
6 Carilah Yehuwa semasa Dia masih dapat ditemukan;+
Berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.+
7 Hendaklah orang jahat meninggalkan haluan mereka,+Dan hendaklah orang keji meninggalkan pemikiran mereka.Biarlah mereka kembali kepada Yehuwa, Tuhan kita,Kerana Dia akan berbelas kasihan terhadap mereka+ dan mengampuni mereka dengan rela hati.+
8 Yehuwa berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,+Dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi,Setinggi itulah jalan-Ku daripada jalan kamuDan fikiran-Ku daripada fikiran kamu.+
10 Hujan dan salji yang turun dari langit tidak akan kembali ke tempat asalnya,Sehingga bumi dibasahi dan sehingga tanaman bertumbuhLalu menghasilkan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan.
11 Demikian juga firman yang keluar daripada mulut-Ku.+
Firman-Ku tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia,+Tetapi pasti akan melaksanakan apa sahaja yang Aku kehendaki,+Dan pasti berjaya melakukan perkara yang Aku ingini.
12 Kamu akan bertolak dengan sukacita,+Dan dibawa pulang dengan damai.+
Gunung dan bukit akan menyambut ketibaan kamu dengan sorakan yang gembira,+Dan pokok-pokok di padang akan bertepuk tangan.+
13 Pokok juniper akan menggantikan semak berduri,+Dan pokok mirtel akan menggantikan belukar berduri.
Kejadian itu akan memasyhurkan Aku, Yehuwa,+Dan menjadi tanda kekal yang tidak akan lenyap.”
Nota Kaki
^ Harfiah, “Belilah.”
^ Harfiah, “belilah.”
^ Atau “wang yang kamu peroleh dengan susah payah.”