Yesaya 43:1-28

  • Yehuwa mengumpulkan umat-Nya semula (1-7)

  • Tuhan-tuhan lain diadili (8-13)

    • “Kamu ialah saksi-saksi-Ku” (10, 12)

  • Dibebaskan dari Babilon (14-21)

  • “Marilah kita berjumpa di tempat pengadilan” (22-28)

43  Hai keturunan Yakub, hai orang Israel,Inilah firman Yehuwa, Pencipta yang membentuk kamu:+ “Janganlah takut, kerana Aku sudah menebus kamu.+ Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu. Kamu merupakan milik-Ku.  2  Apabila kamu menyeberangi laut, Aku akan menyertai kamu.+Apabila kamu melintasi sungai, kamu tidak akan tenggelam.+ Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar.Ya, nyala api tidak akan mencederakan kamu.  3  Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.Akulah Tuhan Israel Yang Suci, Penyelamat kamu. Aku telah menyerahkan Mesir untuk menebus kamu,Dan Aku telah menyerahkan Etiopia* dan Seba untuk menyelamatkan kamu.  4  Kamu berharga dan terhormat di mata-Ku,+Dan Aku mengasihi kamu.+ Oleh itu, Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa lainSebagai ganti nyawa kamu.  5  Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.+ Aku akan membawa anak cucu kamu dari timurDan mengumpulkan kamu dari barat.+  6  Aku akan berkata kepada negeri di utara, ‘Serahkan mereka!’+ Aku akan berkata kepada negeri di selatan, ‘Jangan menahan mereka! Bawalah anak-anak lelaki-Ku pulang dari negeri yang jauh, dan bawalah anak-anak perempuan-Ku kembali dari segala pelosok bumi.+  7  Mereka semua menyandang nama-Ku.+Aku telah membentuk dan menjadikan mereka;Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan diri-Ku.’+  8  Bawalah umat ini keluar! Mereka ada mata, tetapi buta.Mereka ada telinga, tetapi pekak.+  9  Biarlah semua bangsa berkumpul,Dan biarlah semua suku kaum berhimpun.+ Siapakah antara mereka* yang dapat memberitahu kita hal pertama yang akan berlaku pada masa depan?+ Ya, siapakah antara mereka yang dapat memberitahukan hal sebegini? Biarlah saksi-saksi mereka tampil agar mereka dinyatakan benar.Biarlah orang mendengar dan berkata, ‘Memang benar cakap mereka!’”+ 10  Yehuwa berfirman, “Kamu ialah saksi-saksi-Ku.+Aku memilih kamu sebagai hamba-Ku,+Supaya kamu mengenal Aku, beriman* kepada-Ku,Dan memahami bahawa Aku ialah Tuhan yang tidak berubah.+ Tiada tuhan yang wujud sebelum Aku,Dan tiada tuhan yang muncul selepas Aku.+ 11  Akulah Yehuwa,+ dan tidak ada penyelamat lain kecuali Aku.”+ 12  Yehuwa juga berfirman, “Seperti yang telah Aku isytiharkan, Aku menyelamatkan kamu dan menyebabkan hal itu diketahui semua.Pada masa itu, tidak ada tuhan asing dalam kalangan kamu.+ Oleh itu, kamu ialah saksi-saksi-Ku, dan Aku ialah Tuhan yang benar.+ 13  Akulah Tuhan yang sama untuk selama-lamanya.+Tiada apa-apa pun yang dapat terlepas daripada tangan-Ku.+ Jika Aku bertindak, siapakah yang dapat menghalang Aku?”+ 14  Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci:+ “Demi kamu, Aku akan menghantar orang ke Babilon untuk merobohkan palang-palang pintu gerbang.+Aku akan mengalahkan orang Kasdim yang menaiki kapal, lalu mereka akan meraung kesedihan.+ 15  Akulah Yehuwa, Tuhan kamu yang suci.+ Akulah Pencipta Israel,+ dan Akulah Raja kamu.”+ 16  Inilah firman Yehuwa,Tuhan yang membuat jalan melalui laut,Tuhan yang menyediakan jalan melalui air yang bergelora,+ 17  Tuhan yang memimpin kuda-kuda dan kereta kuda,+Dan Tuhan yang mengetuai pasukan tentera dan pahlawan yang gagah: “Mereka akan rebah dan tidak akan bangkit lagi.+ Mereka akan dilenyapkan sebagaimana sumbu yang bernyala dipadamkan.” 18  “Janganlah ingat akan peristiwa lalu,Dan janganlah kenang masa silam. 19  Perhatikanlah perkara baharu yang sedang Aku lakukan.+Lihatlah! Aku sudah pun memulakannya. Tidakkah kamu menyedarinya? Aku akan membuat jalan di padang belantara+Dan menyebabkan sungai-sungai mengalir di padang gurun.+ 20  Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku;Serigala dan burung unta akan memuji Aku,Kerana Aku menyediakan air di padang belantaraDan mengalirkan sungai di padang gurun,+Untuk memberikan minuman kepada kamu, umat pilihan-Ku.+ 21  Aku telah menjadikan kamu bagi diri-Ku,Supaya kamu menceritakan kemasyhuran-Ku.+ 22  Tetapi hai keturunan Yakub, kamu tidak berseru kepada-Ku.+Hai orang Israel, kamu telah bosan dengan Aku.+ 23  Kamu tidak membawa bebiri sebagai korban bakar untuk-Ku,Dan kamu tidak mempersembahkan korban untuk memuliakan Aku. Aku tidak memaksa kamu untuk memberikan persembahanAtau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan putih.+ 24  Kamu tidak menggunakan wang kamu untuk membeli tebu wangi bagi-Ku,Dan kamu tidak memuaskan Aku dengan mempersembahkan lemak binatang.+ Sebaliknya, kamu membebani Aku dengan dosa kamuDan menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.+ 25  Namun Aku menghapuskan kesalahan* kamu+ demi nama-Ku.+Aku tidak akan mengingat dosa kamu.+ 26  Marilah kita berjumpa di tempat pengadilan.Ingatkanlah Aku, dan ajukanlah perkara kamu untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. 27  Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa,Dan jurucakap* kamu telah memberontak terhadap-Ku.+ 28  Itulah sebabnya Aku akan menganggap para pemimpin di tempat suci sebagai orang yang najis.Aku akan membiarkan kamu dibinasakan, hai keturunan Yakub.Aku akan membiarkan kamu dicaci, hai orang Israel.+

Nota Kaki

Atau “Habsyah.”
Nampaknya merujuk kepada tuhan-tuhan palsu.
Atau “yakin.”
Atau “mengampunkan pemberontakan.”
Mungkin merujuk kepada orang yang mengajarkan Hukum.