Yesaya 41:1-29

  • Seorang penakluk dari timur (1-7)

  • Umat Israel dipilih sebagai hamba Tuhan (8-20)

    • “Sahabat-Ku Abraham” (8)

  • Tuhan-tuhan lain dicabar (21-29)

41  “Hai pulau-pulau, berdiam dirilah dan dengarlah firman-Ku.*Hai bangsa-bangsa, pulihkanlah kekuatan kamu. Hendaklah kamu menghadap Aku; Aku akan membiarkan kamu bersuara.+ Marilah kita bersemuka, dan Aku akan menghakimi kamu.   Siapakah yang mendatangkan orang dari timur untuk menghadap-Ku+Dan memanggilnya untuk menegakkan keadilan?Siapakah yang menyerahkan bangsa-bangsa kepadanyaDan membolehkannya menakluki raja-raja?+ Siapakah yang membuat raja-raja menjadi seperti debu di hadapan pedangnya,Dan seperti jerami yang ditiup angin di hadapan busurnya?   Orang itu mengejar mereka di jalan yang belum pernah dilaluinya,Tetapi dia tetap maju tanpa rintangan.   Siapakah yang telah bertindak dan melakukan hal itu?Dari mula lagi, siapakah yang memanggil setiap generasi agar mereka wujud? Aku, Yehuwa, adalah yang pertama,+Dan Aku tetap sama sampai generasi terakhir.”+   Pulau-pulau telah melihat apa yang berlaku lalu menjadi takut. Hujung-hujung bumi pun gementar. Oleh itu bangsa-bangsa datang dan berkumpul.   Mereka saling menolong;Setiap orang berkata kepada saudaranya, “Kuatkanlah hatimu.”   Tukang seni menguatkan hati tukang besi;+Orang yang meratakan logam dengan tukul,Menggalakkan orang yang mengetuk logam. Dia berkata, “Logam-logam dipateri dengan baik.” Kemudian patung itu dikukuhkan dengan paku supaya tidak jatuh.   “Tetapi engkau, hai Israel, ialah hamba-Ku.+Hai Yakub, keturunan sahabat-Ku Abraham,+Aku telah memilih engkau.+   Aku telah membawamu dari hujung bumi;+Aku telah memanggilmu dari tempat-tempat yang paling jauh. Aku berfirman kepadamu, ‘Engkaulah hamba-Ku;+Aku tidak menolakmu, sebaliknya Aku telah memilihmu.+ 10  Janganlah takut kerana Aku menyertaimu.+ Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.+ Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.+Aku pasti akan memegangmu dengan tangan kanan-Ku yang menegakkan keadilan.’ 11  Semua orang yang marah terhadapmu akan dimalukan dan mendapat aib.+ Mereka yang melawanmu akan dimusnahkan dan dilenyapkan.+ 12  Engkau akan mencari orang yang menentangmu, tetapi mereka tidak akan engkau temui;Orang yang berperang melawan engkau akan lenyap dan hilang,+ 13  Kerana Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmuDan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’+ 14  Hai Yakub, walaupun engkau lemah seperti cacing,+ janganlah takut.Hai orang Israel, Aku akan menolong kamu,” firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci. 15  “Aku akan menjadikan kamu seperti alat pengirik,+Alat pengirik baharu yang bergerigi. Kamu akan menghancurkan gunung-gunungDan membuat bukit-bukit menjadi seperti sekam. 16  Kamu akan menampi semua itu,Lalu semua itu akan diterbangkan angin;Semua itu akan bertaburan ditiup angin ribut. Kamu akan bersukacita kerana Aku, Yehuwa,+Dan kamu akan berbangga kerana Aku, Tuhan Israel Yang Suci.”+ 17  “Orang yang miskin dan berkekurangan mencari air, tetapi mereka tidak menemukannya. Lidah mereka kering kerana haus.+ Aku, Yehuwa, akan menjawab seruan mereka.+ Aku, Tuhan orang Israel, tidak akan meninggalkan mereka.+ 18  Aku akan menyebabkan sungai-sungai mengalir di bukit yang gondol+Dan membuat mata air memancar di dataran-dataran.+ Aku akan mengubah padang belantara menjadi kolam airDan membuat mata air memancar di tanah yang kering.+ 19  Di padang gurun, Aku akan menanam pokok sedar,Pokok akasia, pokok mirtel, dan pokok pain.+ Di padang pasir, Aku akan menanam pokok juniper,Pokok ash, dan pokok sipres.+ 20  Maka semua orang akan melihatnya dan tahuBahawa Aku, Yehuwa, yang melakukannya.Mereka akan memperhatikannya dan fahamBahawa Tuhan Israel Yang Suci telah menciptakannya.”+ 21  Yehuwa, Raja kepada Yakub, berfirman, “Ajukanlah perkara kamu Dan kemukakanlah hujah-hujah kamu.” 22  “Tunjukkanlah bukti kamu dan beritahulah kami hal-hal yang akan berlaku. Beritahulah kami tentang kejadian masa lampau,Supaya kami dapat berfikir tentangnya dan mengetahui kesudahannya. Umumkanlah kepada kami perkara-perkara yang bakal terjadi.+ 23  Beritahulah kami apa yang akan berlaku pada masa depan,Supaya kami tahu bahawa kamu semua ialah tuhan.+ Lakukanlah sesuatu yang baik atau sesuatu yang jahat,Supaya kami melihatnya lalu berasa kagum.+ 24  Lihatlah! Kamu semua tidak berguna,Dan semua perbuatan kamu hanyalah sia-sia.+ Sesiapa yang memilih kamu menjijikkan sahaja.+ 25  Aku telah membangkitkan seseorang dari timur,+ seorang yang menyeru nama-Ku.Dia akan datang dari arah utara+ Dan memijak-mijak para pemerintah* seolah-olah mereka itu tanah liat.+Dia akan memijak mereka sepertimana tukang tembikar memijak tanah liat. 26  Siapakah yang bercakap tentang hal itu sejak mula lagi atau dari masa lampau,Supaya kami mengetahuinya dan berkata, ‘Betul cakapnya’?+ Tiada sesiapa pun yang mengumumkan hal itu! Tiada sesiapa pun yang mengisytiharkannya! Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!+ 27  Akulah yang pertama berfirman kepada Sion, ‘Lihatlah apa yang akan terjadi!’+ Aku akan menghantar utusan ke Yerusalem untuk menyampaikan berita baik.+ 28  Aku terus melihat, tetapi Aku tidak nampak sesiapa pun;Tiada sesiapa pun antara mereka yang dapat memberikan nasihat. Aku asyik bertanya, tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab. 29  Mereka semua tidak berguna, Dan semua perbuatan mereka sia-sia sahaja. Patung-patung logam mereka tidak bererti dan tidak berguna.+

Nota Kaki

Atau “berdiam dirilah di hadapan-Ku.”
Atau “pembesar.”