Yesaya 4:1-6

  • Tujuh orang wanita dan seorang lelaki (1)

  • Yehuwa akan membuat tumbuhan yang cantik bertunas (2-6)

4  Pada masa itu, tujuh orang wanita akan memegang seorang lelaki+ dan berkata, “Jadilah suami kami dan biarlah kami dipanggil dengan namamu,Supaya kami tidak menanggung malu.*+Kami akan mencari makanan kami sendiriDan menyediakan pakaian kami sendiri.”  Pada masa itu, Yehuwa akan membuat tumbuhan yang cantik dan indah bertunas. Penduduk Israel yang terselamat akan berbangga dan bersukacita dengan hasil bumi di negeri itu.+  Sesiapa sahaja yang tinggal di Sion, iaitu sesiapa sahaja yang masih berada di Yerusalem, akan dianggap suci oleh Tuhan. Nama semua orang di Yerusalem akan dicatatkan supaya mereka tetap hidup.+  Dengan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala,+ Yehuwa akan melaksanakan penghakiman-Nya terhadap Yerusalem. Dengan demikian, penumpahan darah di kota itu akan disingkirkan, dan segala kekotoran di Sion akan dibersihkan.+  Lalu di atas seluruh Gunung Sion dan di atas semua orang yang berhimpun di situ, Yehuwa akan mendatangkan awan dan asap pada siang hari, dan api yang bernyala-nyala pada malam hari.+ Tuhan akan menaungi dan melindungi seluruh negeri yang gemilang itu.  Sebuah pondok akan disediakan sebagai tempat berteduh daripada kepanasan siang hari,+ dan sebagai tempat berlindung daripada ribut dan hujan.+

Nota Kaki

Pada masa itu, wanita yang tidak mempunyai suami atau anak dipandang hina.