Yesaya 34:1-17

  • Yehuwa mendatangkan pembalasan terhadap bangsa-bangsa (1-4)

  • Edom akan menjadi terbiar (5-17)

34  Hai semua bangsa, berikanlah perhatian!Marilah dan dengarlah. Hendaklah bumi dan segala yang ada di dalamnya mendengar;Hendaklah dunia dan semua penduduknya memberikan perhatian.   Yehuwa murka terhadap semua bangsa+Dan marah terhadap angkatan tentera mereka.+ Dia akan membinasakan mereka.Ya, Dia akan membunuh mereka semua.+   Mayat orang yang dibunuh tidak akan dikebumikan,Tetapi dibiarkan membusuk.+Gunung-gunung akan dibanjiri* darah mereka.+   Seluruh angkatan tentera langit akan mereput.Langit akan digulung seperti gulungan naskhah. Semua angkatan tentera mereka akan gugur,Sebagaimana daun yang layu gugur daripada pokok anggur,Dan sepertimana buah ara yang kering jatuh daripada pokok ara.   “Pedang-Ku akan dibasahi darah di langit;+ Aku akan melaksanakan penghakiman-Ku terhadap Edom.+Pedang-Ku akan menimpa bangsa itu, kerana Aku telah memutuskan untuk membinasakan mereka.   Aku, Yehuwa, memiliki sebilah pedang. Pedang itu akan berlumuran darah dan diliputi lemak,+Iaitu darah anak bebiri jantan dan kambing,Dan lemak pada ginjal bebiri jantan. Aku, Yehuwa, akan menyediakan korban di BozraDan mengadakan pembunuhan besar-besaran di negeri Edom.+   Lembu jantan liar akan dibunuh bersama bebiri dan kambing;Lembu jantan muda akan dibunuh bersama lembu jantan yang kuat. Negeri Edom akan dibanjiri darah,Dan tanah di situ akan diliputi lemak.”   Yehuwa telah memilih hari untuk mendatangkan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya;+Dia telah menetapkan tahun untuk melaksanakan pembalasan terhadap mereka yang menindas Sion.+   Sungai-sungai di Edom* akan berubah menjadi tar,Dan tanahnya akan menjadi belerang.Seluruh negeri itu akan menjadi seperti tar yang dibakar. 10  Siang dan malam, nyala api itu tidak akan padam;Asap akan sentiasa mengepul naik dari situ. Negeri itu akan terbiar dari generasi ke generasi;Tiada seorang pun yang akan melaluinya buat selama-lamanya.+ 11  Burung undan dan landak akan tinggal di situ;Burung hantu bertelinga panjang dan burung gagak akan mendiami tempat itu. Tuhan akan menggunakan tali unting* dan tali pengukur untuk menyukat negeri itu,Sebagai bukti bahawa negeri itu akan dimusnahkan dan menjadi tanah yang terbiar. 12  Tiada bangsawan di negeri itu yang akan menjadi raja,Dan semua pemimpin di situ akan lenyap. 13  Menara-menara berkubu di situ akan dipenuhi tumbuhan berduri;Kubu-kubunya akan ditumbuhi belukar dan semak berduri. Negeri itu akan menjadi sarang serigala+Dan tempat tinggal burung unta. 14  Binatang-binatang dari gurun akan berkumpul bersama anjing liar,*Dan kambing-kambing liar* akan saling memanggil. Burung tukang juga akan datang mencari tempat berehat di situ. 15  Di situ, ular akan bersarang, bertelur,Menetaskan telurnya, dan melindungi anak-anaknya. Burung lang akan berkumpul di situ bersama pasangannya. 16  Selidikilah kitab Yehuwa dan bacalah dengan suara lantang. Tiada satu pun daripada semua binatang itu akan hilangAtau hidup tanpa pasangan.Yehuwa telah memberikan perintah-Nya,Dan Dia telah mengumpulkan semua makhluk itu dengan kuasa suci-Nya. 17  Dialah yang telah membuang undi dan mengukur tanahYang akan dibahagikan kepada setiap makhluk itu. Tanah itu akan menjadi milik makhluk-makhluk itu buat selama-lamanya;Makhluk-makhluk itu akan tinggal di situ dari generasi ke generasi.

Nota Kaki

Atau “akan mencair kerana.”
Nampaknya merujuk kepada ibu kota Edom, iaitu Bozra.
Alat yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu benda tegak atau tidak.
Mungkin merujuk kepada dubuk, serigala, dan binatang lain yang melolong.
Atau mungkin, “roh-roh jahat yang berupa kambing.”