Yesaya 20:1-6

  • Tanda untuk Mesir dan Etiopia (1-6)

20  Raja Sargon, iaitu raja Assyria, telah mengutus ketua tentera* Assyria untuk menyerang Asdod.+ Pada tahun Asdod diserang dan ditawan,+  Yehuwa berfirman kepada Yesaya+ anak Amoz, “Tanggalkanlah kain guni dari pinggangmu, dan tanggalkanlah kasutmu.” Yesaya pun berbuat demikian. Dia berjalan telanjang* dan tidak berkasut.  Yehuwa berfirman, “Hamba-Ku Yesaya telah berjalan telanjang dan tidak berkasut selama tiga tahun sebagai suatu tanda+ dan amaran kepada Mesir+ dan Etiopia.*+  Semasa raja Assyria membawa tawanan dari Mesir+ dan Etiopia, mereka semua, tua dan muda, akan berjalan telanjang dan tidak berkasut, dengan punggung mereka kelihatan. Sesungguhnya, Mesir akan dimalukan.  Orang yang berharap kepada Etiopia dan membanggakan Mesir akan berasa takut dan malu.  Pada masa itu, penduduk di kawasan pantai akan berkata, ‘Kita melarikan diri kepada bangsa-bangsa itu dan berharap agar mereka menolong kita dan menyelamatkan kita daripada raja Assyria, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku kepada mereka! Bagaimanakah kita akan selamat sekarang?’”

Nota Kaki

Atau “Tartan.”
Atau “berjalan dengan memakai jubah dalam sahaja.”
Atau “Habsyah.”