Yesaya 19:1-25

  • Perkhabaran tentang Mesir (1-15)

  • Orang Mesir akan mengenali Yehuwa (16-25)

    • Sebuah mazbah dibina untuk Yehuwa di Mesir (19)

19  Berikut merupakan perkhabaran tentang Mesir:+ Lihatlah! Yehuwa datang ke Mesir dengan mengenderai awan yang laju. Dewa dewi Mesir yang tidak berguna akan gementar di hadapan-Nya,+Dan hati orang Mesir akan dicengkam ketakutan.   “Aku akan membuat orang Mesir saling berlawan.Sesungguhnya, orang Mesir akan melawan satu sama lain;Saudara akan melawan saudara, jiran akan melawan jiran,Kota akan melawan kota, dan kerajaan akan melawan kerajaan.   Aku akan menggagalkan rancangan orang Mesir,Dan mereka akan berasa bingung.+ Mereka akan meminta bantuan daripada dewa dewi yang tidak berguna,Tukang sihir, bomoh, dan tukang tilik.+   Aku akan menyerahkan orang Mesir kepada seorang penguasa yang kejam.Seorang raja yang zalim akan memerintah mereka,”+ firman Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga.   Air sungai akan surut,Dan sungai akan menjadi kering-kontang.+   Sungai-sungai akan berbau busuk;Saluran air Sungai Nil di Mesir akan menjadi kering. Tumbuhan mensiang dan rumput tinggi akan menjadi layu.+   Semua tanah di tepi Sungai Nil yang diusahakan akan menjadi kering.Tanaman di tepi Sungai Nil+ dan di muara Sungai Nil juga akan menjadi kering,+ Lalu hilang ditiup angin.   Nelayan-nelayan di Sungai Nil akan menangis,Orang yang memancing di situ akan meratap,Dan orang yang menjala ikan di sungai akan semakin berkurangan.   Orang yang menghasilkan kain daripada tanaman flaks,*+Dan orang yang menenun kain putih akan dimalukan. 10  Para penenun di Mesir akan patah semangat,Dan semua pekerja upahan akan berdukacita. 11  Pemimpin-pemimpin di Zoan+ bodoh belaka. Penasihat Firaun yang paling bijaksana pun memberikan nasihat yang tidak masuk akal.+ Tetapi mereka masih berani berkata kepada Firaun,*“Hamba sekalian ialah keturunan orang bijak;Hamba sekalian ialah keturunan raja purbakala.” 12  Hai Firaun, Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah membuat keputusan-Nya mengenai Mesir. Di manakah penasihat kamu yang bijak itu?+ Jika mereka tahu tentang keputusan Tuhan, biarlah mereka memberitahu kamu. 13  Pemimpin-pemimpin di Zoan telah bertindak dengan bodoh;Pemimpin-pemimpin di Nof*+ telah diperdaya;Ketua-ketua suku di Mesir telah menyesatkan bangsa mereka sendiri. 14  Yehuwa telah menyebabkan Mesir ditimpa kekeliruan.+Akibatnya, para pemimpin telah membuat orang Mesir tersesat dalam segala hal,Sehingga mereka menjadi seperti orang mabuk yang terhuyung-hayang dan tergelincir di atas muntah mereka sendiri. 15  Tiada sesiapa pun di Mesir yang dapat melakukan apa-apa,Tidak kira kepala, ekor, tunas, ataupun rumput.* 16  Pada hari Yehuwa mengangkat tangan-Nya untuk menghukum Mesir, penduduknya akan menjadi seperti wanita yang menggigil ketakutan.+ 17  Mesir akan berasa gentar kerana Yehuda. Orang Mesir akan berasa sangat takut setiap kali mereka mendengar orang bercakap tentang negeri Yehuda, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah memutuskan untuk menghukum Mesir.+ 18  Pada masa itu, penduduk di lima buah kota di Mesir akan menggunakan bahasa Kanaan.*+ Mereka akan bersumpah untuk setia kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga. Salah sebuah kota itu akan dinamakan Kota yang Dirobohkan. 19  Pada masa itu, sebuah mazbah akan didirikan untuk Yehuwa di tengah-tengah negeri Mesir, dan sebuah tugu akan dibina untuk Yehuwa di sempadan negeri itu. 20  Mazbah dan tugu itu akan menjadi suatu tanda supaya orang di Mesir ingat akan Yehuwa, ketua angkatan syurga. Orang yang ditindas akan berseru meminta tolong kepada Yehuwa, dan Dia akan mengutus seorang penyelamat yang agung untuk menyelamatkan mereka. 21  Pada masa itu, Yehuwa akan dikenali orang Mesir, dan orang Mesir akan mengenali Yehuwa. Mereka akan memberikan korban dan persembahan kepada Yehuwa. Mereka juga akan berikrar kepada-Nya dan akan menunaikan ikrar itu. 22  Yehuwa akan menghukum Mesir,+ tetapi selepas menghukum penduduknya, Dia akan menyembuhkan mereka; mereka akan kembali kepada Yehuwa, dan Dia akan mendengarkan mereka lalu menyembuhkan mereka. 23  Pada masa itu, akan terdapat jalan besar+ dari Mesir ke Assyria. Orang Assyria akan pergi ke Mesir, dan orang Mesir akan pergi ke Assyria. Orang Assyria dan orang Mesir akan menyembah Tuhan bersama-sama. 24  Pada hari itu, Israel akan bergabung dengan Mesir dan Assyria+ lalu menjadi berkat bagi seluruh bumi. 25  Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan memberkati mereka dan berfirman, “Diberkatilah Mesir, umat-Ku, diberkatilah Assyria, ciptaan-Ku, dan diberkatilah Israel, warisan-Ku.”+

Nota Kaki

Sejenis tumbuhan yang ditanam sejak masa kuno. Gentiannya digunakan untuk membuat kain linen.
Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “Memfis.”
Atau mungkin, “kepala, ekor, dahan pokok palma, ataupun mensiang.”
Merujuk kepada bahasa Ibrani.