Yesaya 16:1-14

  • Lebih banyak perkhabaran tentang Moab (1-14)

16  Kirimlah seekor bebiri jantan kepada pemerintah di Sion.Dari Sela, bawalah bebiri itu melintasi padang belantaraSehingga tiba di kota yang terletak di Gunung Sion.   Di tempat penyeberangan Sungai Arnon, penduduk Moab akan melarikan diri,+Seperti burung yang diusir dari sarang.+   “Berikanlah nasihat, dan laksanakanlah apa yang telah kamu putuskan. Biarlah bayang-bayangmu pada waktu tengah hari menjadi gelap seperti pada waktu malam. Sembunyikanlah mereka yang tercerai-berai dan janganlah mengkhianati orang yang melarikan diri.   Hai Moab, izinkanlah orang yang tercerai-berai tinggal di negerimu. Sembunyikanlah mereka daripada pemusnah.+ Pembinasaan akan berakhir,Dan penindasan akan berhenti.Mereka yang memijak-mijak orang lain akan dilenyapkan dari bumi.   Sebuah takhta yang berasaskan kasih setia akan didirikan. Seorang raja yang setia akan duduk di atas takhta itu di dalam khemah Daud.+Dia akan menghakimi dengan adil dan akan segera melakukan apa yang baik.”+   Kami telah mendengar tentang kesombongan orang Moab; mereka angkuh sekali.+Kami juga mendengar bahawa orang Moab bongkak, tinggi hati, dan cepat marah.+Namun cakap besar mereka kosong belaka.   Orang Moab akan meraung kerana bencana yang menimpa mereka.Semua orang di Moab akan meraung.+ Orang yang telah dikalahkan akan bersedih semasa teringat akan kuih kismis dari Kir-hareset.+   Pokok-pokok anggur di Hesybon+ sudah layu,Dan carang-carang* di kebun anggur Sibma,+ yang penuh dengan anggur merah,Telah dipijak-pijak oleh para pemerintah bangsa-bangsa.Carang-carang pokok anggur itu pernah bertumbuh sampai ke Yaezer+Dan menjalar sampai ke padang belantara. Tunas-tunasnya pernah tersebar luas sampai ke pantai.   Itulah sebabnya aku akan menangisi pokok-pokok anggur Sibma, sebagaimana aku menangisi Yaezer. Hai Hesybon dan Eleale,+ air mataku akan membasahi kamu,Kerana kamu tidak lagi menghasilkan buah-buahan musim panas dan hasil tuaian yang membuat orang bersorak.* 10  Aku telah menghentikan sorakan mereka.+Orang tidak lagi bersukacita dan bergembira di ladang buah-buahan, Mereka juga tidak bernyanyi atau berseru dengan gembira di kebun anggur,+Dan orang yang memeras anggur tidak lagi menghasilkan wain. 11  Perasaanku bagaikan kecapi yang dipetik;Hatiku hancur luluh kerana Moab,+Dan jiwaku remuk-redam kerana Kir-hareset.+ 12  Biarpun orang Moab bersusah payah bersembahyang di tempat pemujaan dan berdoa di rumah ibadat, usaha mereka sia-sia sahaja.+ 13  Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh Yehuwa tentang Moab, 14  dan sekarang Yehuwa berfirman, “Dalam masa tiga tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan,* kemuliaan Moab akan digantikan dengan kehinaan. Negeri itu akan porak-peranda, dan penduduknya akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”+

Nota Kaki

Bahagian ranting tumbuhan menjalar yang melingkar-lingkar.
Atau mungkin, “Kerana laungan perang sudah menimpa buah-buahan musim panas dan hasil tuaian kamu.”
Iaitu, apabila genap 3 tahun.