Yesaya 15:1-9

  • Perkhabaran tentang Moab (1-9)

15  Berikut merupakan perkhabaran tentang Moab:+ Ar+ di Moab telah dimusnahkan dalam satu malam,Dan kini menjadi sunyi sepi. Kir+ di Moab telah dimusnahkan dalam satu malam,Dan kini menjadi sunyi sepi.   Penduduk di situ naik ke tempat penyembahan dewa dan ke Dibon;+Mereka pergi ke tempat-tempat pemujaan* untuk menangis. Penduduk Moab meratap kerana apa yang telah berlaku di Nebo+ dan Medeba.+ Mereka semua mencukur rambut+ dan janggut.+   Orang di jalan memakai kain guni. Orang di dataran kota dan di atas bumbung semuanya meratap;Mereka menangis tersedu-sedu.+   Orang di Hesybon dan Eleale+ berseru,Dan seruan mereka terdengar sampai ke Yahas.+ Itulah sebabnya askar-askar Moab berteriak-teriak, Dan bangsa Moab menggigil ketakutan.   Hatiku pilu kerana Moab. Orang di situ telah melarikan diri sampai ke Zoar+ dan Eglat-selisia.+ Sambil menangis, mereka berjalan di jalan yang naik ke Luhit.Dalam perjalanan ke Horonaim, mereka meraung kerana malapetaka yang berlaku.+   Air di Nimrim sudah kering sama sekali;Rumput hijau sudah layu.Rumput sudah mati, dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau.   Itulah sebabnya mereka mengambil harta dan kekayaan mereka yang masih ada,Lalu menyeberangi lembah* pokok poplar.   Suara tangisan kedengaran di seluruh wilayah Moab.+ Tangisan itu kedengaran di Eglaim;Tangisan itu kedengaran di Beer-elim.   Air di Dimon penuh dengan darah,Tetapi Tuhan akan mendatangkan lebih banyak bencana kepada penduduknya. Orang yang melarikan diri dari Moab akan diterkam singa,Begitu juga dengan orang yang masih tinggal di Moab.+

Nota Kaki

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Atau “wadi.”