Yesaya 12:1-6

  • Lagu kesyukuran (1-6)

    • “Yah ialah kekuatanku” (2)

12  Pada masa itu, kamu pasti akan berkata, “Ya Yehuwa, aku bersyukur kepada-Mu,Kerana Engkau melegakan hatiku.Dahulu Engkau murka terhadapku, tetapi kini kemurkaan-Mu sudah reda.+   Tuhan ialah Penyelamatku.+ Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak akan takut.+Yah* ialah kekuatanku; Yehuwa ialah pelindungku.Dia telah menyelamatkan aku.”+   Kamu akan menimba air dengan sukacitaDaripada mata air yang membawa penyelamatan.+   Pada masa itu, kamu pasti akan berkata, “Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa dan menyeru nama-Nya!Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+ Isytiharkanlah keagungan nama-Nya!+   Nyanyikanlah pujian kepada* Yehuwa+ kerana Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan.+ Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.   Hai penduduk Sion, bersoraklah dan berserulah dengan gembira,Kerana Tuhan Israel Yang Suci, yang berada dalam kalangan kamu, sungguh agung.”

Nota Kaki

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “Mainkanlah muzik untuk.”