Yeremia 50:1-46

  • Nubuat tentang Babilon (1-46)

    • Larilah dari Babilon (8)

    • Israel akan dibawa pulang (17-19)

    • Air sungai Babilon akan menjadi kering (38)

    • Babilon tidak akan dihuni lagi (39, 40)

50  Inilah firman Yehuwa kepada Nabi Yeremia berkenaan Babilon,+ iaitu negeri orang Kasdim:   “Umumkanlah dan hebahkanlah perkhabaran ini dalam kalangan bangsa-bangsa. Angkatlah panji* dan isytiharkanlah perkhabaran ini. Janganlah rahsiakan apa-apa pun! Katakanlah, ‘Babilon sudah ditawan.+ Bel telah dimalukan.+ Merodakh sudah menjadi takut. Ya, patung-patung berhalanya telah dimalukan. Berhala-berhalanya yang menjijikkan* sudah menjadi takut.’   Sebuah bangsa sudah datang dari utara untuk menyerangnya.+ Bangsa itu menjadikan negerinya tempat yang mengerikan,Dan tiada orang yang akan tinggal di situ. Manusia dan haiwan telah melarikan diri;Mereka semua sudah pergi.”  “Pada waktu itu dan pada saat itu,” firman Yehuwa, “orang Israel dan orang Yehuda akan berkumpul bersama-sama.+ Mereka berjalan sambil menangis+ dan mencari Yehuwa, Tuhan mereka.+  Mereka akan menanyakan jalan ke Sion lalu menghalakan wajah mereka ke arah itu+ dan berkata, ‘Marilah kita menjadi umat Yehuwa sekali lagi dan berpegang pada perjanjian kekal yang tidak akan dilupakan.’+  Umat-Ku seperti kawanan bebiri yang sesat.+ Mereka disesatkan oleh gembala-gembala mereka sendiri.+ Gembala-gembala itu telah memimpin mereka ke kawasan pergunungan, dan mereka merayau-rayau di gunung dan di bukit. Mereka tidak ingat tentang tempat rehat mereka lagi.  Sesiapa sahaja yang menjumpai mereka telah memakan mereka,+ dan musuh-musuh mereka berkata, ‘Kami tidak bersalah kerana merekalah yang telah berdosa terhadap Yehuwa, harapan nenek moyang mereka. Ya, merekalah yang telah berdosa terhadap Yehuwa, Tuhan yang adil dan benar.’”*   “Larilah dari Babilon,Keluarlah dari negeri orang Kasdim,+Seperti haiwan jantan yang mengetuai kawanannya.   Aku sedang mengumpulkan bangsa-bangsa yang kuat dari utara,Dan Aku akan menyebabkan mereka bangkit untuk menyerang Babilon.+ Mereka akan mengatur barisan perang untuk melawannya,Dan dia akan ditawan. Anak panah mereka seperti anak panah pahlawanYang menyebabkan ibu bapa kehilangan anak-anak;+Mereka tidak akan kembali dengan tangan yang kosong. 10  Kasdim akan dijarah.+ Orang yang menjarahnya akan berasa sangat puas hati,”+ firman Yehuwa. 11  “Kamu asyik bergembira dan bersukacita+Sewaktu kamu menjarah harta warisan-Ku.+ Kamu seperti seekor lembu betina muda* yang melompat-lompat di padang rumput,Dan seperti kuda-kuda jantan yang asyik meringkik. 12  Ibu kamu telah dimalukan.+ Wanita yang melahirkan kamu telah dikecewakan. Lihatlah! Dialah yang paling tidak penting dalam kalangan bangsa-bangsa. Dia seperti gurun dan padang belantara yang tidak berair.+ 13  Kerana kemurkaan Yehuwa, dia tidak akan mempunyai penduduk;+Dia akan menjadi sunyi sepi.+ Setiap orang yang lalu di Babilon akan memerhatikannya dengan perasaan ngeriDan mengejeknya* kerana semua tulah yang telah menimpanya.+ 14  Hai orang yang mahir menggunakan busur,Aturlah barisan perang dan seranglah Babilon dari semua arah. Lepaskanlah anak panahmu ke arahnya, jangan sayang akan anak panahmu,+Kerana dia telah berdosa terhadap Yehuwa.+ 15  Laungkanlah seruan perang di sekelilingnya. Dia sudah menyerah kalah. Tiang-tiangnya sudah roboh dan tembok-temboknya sudah runtuh.+ Ya, inilah pembalasan daripada Yehuwa.+ Hendaklah kamu membalas dendam terhadapnya. Perlakukanlah dia sebagaimana dia telah memperlakukan orang lain.+ 16  Bunuhlah orang yang menabur benih di Babilon;Bunuhlah orang yang memegang sabit semasa musim menuai.+ Kerana pedang yang kejam, setiap orang akan kembali kepada bangsanya,Setiap orang akan lari dan pulang ke tanah masing-masing.+ 17  “Orang Israel seperti bebiri yang telah dicerai-beraikan oleh singa.+ Mula-mula, raja Assyria memakan mereka,+ dan kemudiannya Raja Nebukadnezar dari Babilon menggigit-gigit tulang mereka.+ 18  Oleh itu, inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: ‘Aku akan memperlakukan raja Babilon dan negerinya sepertimana Aku telah memperlakukan raja Assyria.+ 19  Aku akan membawa Israel pulang ke padang rumputnya.+ Dia akan makan rumput di Karmel, di Basan,+ dan di kawasan pergunungan Efraim+ dan Gilead,+ sehingga dia berasa puas.’” 20  “Pada waktu itu dan pada saat itu,” firman Yehuwa,“Orang akan mencari-cari kesalahan Israel,Tetapi mereka tidak akan menjumpainya.Dosa-dosa Yehuda juga tidak dapat dijumpai,Kerana Aku telah mengampuni semua orang yang Aku biarkan hidup.”+ 21  “Pergilah serang negeri Merataim dan penduduk Pekod.+ Bunuhlah mereka dan hapuskanlah mereka semua,” firman Yehuwa. “Laksanakanlah segala perintah-Ku. 22  Bunyi pertempuran kedengaran di negeri itu,Dan malapetaka yang dahsyat menimpa mereka. 23  Tukul yang dahulunya menghancurkan bangsa-bangsa di seluruh bumi telah dipatahkan dan diremukkan!+ Ya, bangsa-bangsa lain berasa takut setelah melihat kesudahan Babilon!+ 24  Hai Babilon, engkau masuk ke dalam perangkap yang telah Aku pasang untukmu,Tetapi engkau tidak menyedarinya. Engkau telah dijumpai dan ditangkap+Kerana engkau menentang Yehuwa. 25  Yehuwa telah membuka gudang-Nya,Dan mengeluarkan senjata-senjata kemurkaan-Nya,+ Kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat, akan menyelesaikan pekerjaan-NyaDi negeri orang Kasdim. 26  Seranglah dia dari tempat-tempat yang jauh.+ Bukalah gudang-gudang bijirinnya.+ Timbunlah barang jarahan yang kamu rampas seperti longgokan bijirin. Musnahkan dia sama sekali,+ Sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. 27  Bunuhlah semua anak lembu jantannya;+Bawalah mereka ke tempat penyembelihan. Malanglah mereka kerana sudah tiba masanyaMereka dihukum! 28  Kedengaran bunyi orang yang melarikan diri;Mereka lari dari negeri BabilonUntuk menghebahkan pembalasan Tuhan Yehuwa di Sion.Dia sudah melakukan pembalasan demi Rumah-Nya.+ 29  Panggillah para pemanah yang mahir menggunakan busur,+Dan suruhlah mereka menyerang Babilon. Berkhemahlah di sekelilingnya supaya tiada orang dapat melarikan diri. Balaslah dia setimpal dengan perbuatannya.+ Perlakukanlah dia sebagaimana dia telah memperlakukan orang lain.+ Dia telah bertindak dengan angkuh terhadap Yehuwa,Tuhan Israel Yang Suci.+ 30  Pemuda-pemudanya akan rebah di dataran kotanya,+Dan semua askarnya akan dibinasakan pada hari itu,” firman Yehuwa. 31  “Hai engkau yang suka memberontak,+ Aku akan melawanmu,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,“Kerana harimu sudah tiba, ya, sudah tiba masanya Aku menghukummu. 32  Hai engkau yang suka memberontak, engkau akan tersandung dan jatuh.Tetapi tiada orang akan membantu engkau bangun.+ Aku akan membakar kota-kotamu dengan api,Dan api itu akan melahap segala yang ada di sekelilingmu.” 33  Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Orang Israel dan orang Yehuda ditindas.Semua orang yang menangkap mereka telah mengawal mereka dengan ketat,+ Dan enggan melepaskan mereka.+ 34  Tetapi Penebus mereka kuat.+ Namanya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ Dia pasti akan memperjuangkan perkara mereka,+Supaya negeri mereka aman damai,+Dan supaya penduduk Babilon menderita.”+ 35  “Sebilah pedang akan menyerang orang Kasdim,” firman Yehuwa,“Dan menyerang penduduk Babilon, para pemimpinnya serta orangnya yang bijaksana.+ 36  Sebilah pedang akan menyerang orang yang bercakap kosong,* dan mereka akan bertindak dengan bodoh. Sebilah pedang akan menyerang para pahlawannya, dan mereka akan berasa sangat takut.+ 37  Sebilah pedang akan menyerang kuda-kuda mereka dan kereta-kereta kuda mereka,Serta penduduknya yang berbilang bangsa,Dan mereka akan menjadi seperti wanita.+ Sebilah pedang akan menyerang hartanya, dan semua harta itu akan dijarah.+ 38  Kemusnahan akan menimpa air sungainya, dan semua sungai itu akan menjadi kering.+ Hal ini demikian kerana negerinya penuh dengan patung-patung berhala.+Mereka menjadi gila kerana penglihatan-penglihatan ngeri mereka. 39  Maka binatang gurun dan binatang yang meraung akan tinggal di dalamnya.Burung-burung unta juga akan tinggal di dalamnya.+ Dia tidak akan dihuni lagi,Dan tiada sesiapa pun yang akan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya.”+ 40  “Sebagaimana Sodom dan Gomora+ serta pekan-pekan di sekelilingnya+ telah dimusnahkan sama sekali oleh Tuhan, demikian juga Babilon akan dimusnahkan,” firman Yehuwa, “dan tiada orang akan tinggal di sana. Ya, tiada manusia akan menduduki tempat itu.+ 41  Lihatlah! Sebuah bangsa akan datang dari utara.Ya, sebuah bangsa yang kuat dan raja-raja yang perkasa+ akan bangkitDari hujung bumi.+ 42  Mereka bersenjatakan busur dan lembing.+ Mereka kejam dan tidak berbelas kasihan.+ Suara mereka bagaikan bunyi laut yang bergelora,+Dan mereka menunggang kuda. Hai kota Babilon, mereka akan bersatu padu dan mengatur barisan perang untuk menyerangmu.+ 43  Raja Babilon mendapat berita tentang mereka,+Dan tangannya menjadi tidak bertenaga.+ Dia menderita,Dan mengalami kesakitan seperti wanita yang bersalin. 44  “Lihatlah! Seperti seekor singa yang keluar dari semak belukar di sepanjang Sungai Yordan, seseorang akan keluar untuk menyerang padang-padang rumput yang aman. Tetapi seketika lagi, Aku akan membuat mereka melarikan diri daripadanya. Kemudian Aku akan melantik orang yang telah Aku pilih untuk menguasainya.+ Siapakah yang setanding Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Gembala manakah yang dapat menentang Aku?+ 45  Oleh itu, dengarlah keputusan Yehuwa berkenaan Babilon+ dan apa yang hendak dilakukan-Nya terhadap negeri orang Kasdim. Sesungguhnya anak-anak bebiri akan diseret pergi. Dia akan membuat tempat tinggal mereka menjadi tanah yang tandus kerana penduduk itu.+ 46  Bumi akan bergoncang kerana bunyi kejatuhan Babilon,Dan suara tangisannya akan kedengaran dalam kalangan bangsa-bangsa.”+

Nota Kaki

Atau “tiang penanda.”
Istilah ini dalam bahasa Ibrani mungkin berkaitan dengan istilah yang bermaksud “tahi” dan digunakan untuk menunjukkan perasaan meluat yang sangat mendalam.
Atau “Yehuwa, tempat tinggal keadilan.”
Merujuk kepada lembu betina yang belum pernah melahirkan anak.
Harfiah, “bersiul.”
Atau “nabi-nabi palsu.”