Yeremia 30:1-24

  • Janji tentang pemulihan dan penyembuhan (1-24)

30  Yehuwa berfirman kepada Yeremia,  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Tulislah dalam sebuah kitab segala yang Aku firmankan kepadamu  kerana “masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku akan mengumpulkan umat-Ku, iaitu bangsa Israel dan Yehuda, yang telah ditawan,”+ firman Yehuwa, “dan Aku akan membawa mereka pulang ke negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula.”’”+  Yehuwa berfirman kepada bangsa Israel dan Yehuda.   Inilah firman Yehuwa: “Kamu telah mendengar suara orang yang ketakutan;Hanya ada ketakutan, dan tidak ada kedamaian.   Fikirlah sejenak, bolehkah seorang lelaki melahirkan anak? Jika tidak, mengapakah setiap lelaki memegang perut masing-masing,Seperti wanita yang hendak bersalin?+ Mengapakah muka mereka pucat?   Malanglah! Hari itu ialah hari yang mengerikan,+Hari yang tiada bandingnya. Itulah waktu yang sukar bagi Yakub,Tetapi dia akan diselamatkan.”  “Pada hari itu,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, “Aku akan mematahkan kuk yang ada pada tengkuk mereka, dan tali pengikat mereka akan Aku putuskan menjadi dua. Mereka* tidak akan menjadi hamba kepada bangsa asing lagi.  Mereka akan menyembah Yehuwa, Tuhan mereka, dan tunduk kepada raja yang telah Aku lantik untuk mereka, iaitu Daud.”+ 10  “Hai hamba-Ku Yakub, janganlah berasa takut,” firman Yehuwa,“Hai Israel, janganlah gentar.+ Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh,Dan Aku akan menyelamatkan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan.+ Yakub akan pulang lalu hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan. Tidak ada sesiapa pun yang akan membuat mereka takut.”+ 11  “Aku akan menyertaimu,” firman Yehuwa, “dan menyelamatkanmu. Aku telah mencerai-beraikan engkau dalam kalangan bangsa-bangsa, dan Aku akan membinasakan semua bangsa itu.+ Tetapi Aku tidak akan membinasakanmu.+ Namun demikian, engkau tidak akan terlepas daripada hukuman. Aku akan mendisiplinkan engkau dengan saksama.”+ 12  Inilah firman Yehuwa: “Kecederaanmu sangat parah.+ Lukamu tidak dapat disembuhkan. 13  Tiada seorang pun yang akan membelamu. Tiada penawar untuk menyembuhkan bisulmu. Engkau tidak akan sembuh. 14  Semua kekasihmu sudah melupakanmu.+ Mereka tidak mencarimu lagi. Aku telah menyerang engkau dengan pukulan musuh,+Dengan hukuman yang kejam,Kerana engkau telah banyak berdosa dan melakukan kesalahan yang amat berat.+ 15  Apa gunanya engkau mengeluh kerana luka-lukamu? Kesakitanmu tiada penawar! Aku memperlakukan engkau sedemikianKerana engkau telah banyak berdosa dan melakukan kesalahan yang amat berat.+ 16  Tetapi semua orang yang melahapmu akan dilahap,+Dan semua musuhmu akan ditawan.+ Orang yang menjarah negerimu akan dijarah. Aku akan membiarkan orang yang merompakmu dirompak.”+ 17  “Dahulu mereka memandang engkau sebagai orang yang diusir. Mereka berkata,‘Tiada orang yang akan mencari Sion.’+ Tetapi Aku akan memulihkan kesihatanmu dan mengubati lukamu,”+ firman Yehuwa. 18  Inilah firman Yehuwa: “Aku akan pergi ke khemah-khemah Yakub dan mengumpulkan orang yang telah ditawan.+ Aku akan mengasihani mereka dan memulihkan keadaan tempat tinggal mereka. Kota itu akan dibina semula di atas gunungnya,+Dan menaranya yang kukuh akan didirikan di atas tapak asalnya. 19  Mereka pasti akan bersyukur dan ketawa dengan gembira.+ Aku akan melipatgandakan bilangan mereka, dan jumlah mereka akan terus bertambah.+ Ya, Aku akan membuat mereka menjadi ramai,*Dan jumlah mereka tidak akan berkurang.+ 20  Keturunan mereka akan kembali makmur seperti dahulu,Dan bangsa mereka akan dikukuhkan di hadapan-Ku.+ Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka.+ 21  Pemimpin mereka akan berasal daripada bangsa mereka. Ya, pemerintah mereka akan datang daripada kalangan mereka. Aku akan membenarkan pemerintah itu untuk menghampiri-Ku dan menghadap-Ku.” “Tanpa kebenaran-Ku, siapakah yang berani menghampiri-Ku?” firman Yehuwa. 22  “Kamu akan menjadi umat-Ku+ dan Aku akan menjadi Tuhan kamu.”+ 23  Lihatlah! Kemarahan Yehuwa akan melanda seperti ribut kencang,+Seperti ribut yang tidak akan reda, yang melanda kepala orang yang jahat. 24  Selagi Yehuwa belum melaksanakan dan menyempurnakan keinginan hati-Nya,Api kemarahan-Nya tidak akan reda.+ Pada hari-hari terakhir, kamu akan memahami hal ini.+

Nota Kaki

Atau “Dia.”
Atau mungkin, “membuat mereka dihormati.”