Yehezkiel 33:1-33

  • Tanggungjawab seorang penjaga (1-20)

  • Berita tentang kejatuhan Yerusalem (21, 22)

  • Perkhabaran kepada penduduk di reruntuhan (23-29)

  • Orang mendengar tetapi tidak bertindak (30-33)

    • Yehezkiel “seperti penyanyi lagu cinta” (32)

    • “Seorang nabi dalam kalangan mereka” (33)

33  Yehuwa berfirman kepadaku,  “Anak manusia, pergilah kepada bangsamu+ dan beritahulah mereka, “‘Andai kata Aku membiarkan sesebuah negeri diserang,+ dan penduduk negeri itu telah memilih seorang lelaki untuk menjadi penjaga mereka.  Apabila lelaki itu nampak musuh datang, dia meniup trompet* sebagai tanda amaran kepada penduduk di situ.+  Jika seseorang mendengar bunyi trompet itu tetapi dia tidak menghiraukannya+ lalu dibunuh, dia bertanggungjawab atas kematiannya sendiri.+  Ya, dia bertanggungjawab atas kematiannya, kerana dia tidak menghiraukan bunyi trompet itu. Jika dia mempedulikan amaran itu, dia pasti dapat menyelamatkan nyawanya.  “‘Tetapi jika penjaga itu nampak musuh datang dan dia tidak meniup trompet+ untuk memberikan amaran, lalu musuh datang dan membunuh seseorang di negeri itu, orang itu akan mati kerana dosanya, tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada penjaga itu.’*+  “Wahai anak manusia, Aku telah melantik engkau untuk menjadi penjaga bangsa Israel, dan engkau harus menyampaikan amaran-Ku kepada mereka apabila engkau mendengar firman yang keluar dari mulut-Ku.+  Jika Aku memberitahu seorang penjahat, ‘Wahai penjahat, engkau pasti akan mati!’+ tetapi engkau tidak membuka mulutmu untuk memberikan amaran kepada penjahat itu agar dia mengubah haluannya, dia akan mati kerana dia berbuat jahat dan berdosa,+ tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.*  Namun jika engkau memberikan amaran kepada penjahat itu agar dia meninggalkan haluannya yang jahat, tetapi dia enggan berbuat demikian, dia akan mati kerana dia berdosa,+ tetapi engkau akan selamat.+ 10  “Anak manusia, beritahulah bangsa Israel, ‘Kamu telah berkata, “Kami menderita* kerana kami telah memberontak dan kami dibebani dosa yang berat.+ Jadi bagaimanakah kami dapat terus hidup?”’+ 11  Jawablah mereka, “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa Aku tidak suka melihat orang jahat mati.+ Sebaliknya Aku ingin agar orang jahat mengubah haluannya+ dan terus hidup.+ Hai orang Israel, bertaubatlah! Bertaubatlah dan tinggalkanlah haluan jahatmu.+ Mengapakah kamu mahu mengundang maut?”’+ 12  “Anak manusia, beritahulah bangsamu, ‘Apabila orang baik memberontak, kebaikannya dahulu tidak dapat menyelamatkannya.+ Apabila orang jahat bertaubat, kejahatannya dahulu tidak akan menyebabkan dia dihukum mati.+ Ya, jika orang yang berbuat benar mula berdosa, kebaikannya dahulu tidak dapat menyelamatkan nyawanya.+ 13  Apabila Aku berfirman kepada orang baik, “Engkau pasti akan terus hidup,” dan dia percaya bahawa kebaikannya dahulu dapat menyelamatkan nyawanya lalu dia mula berdosa,*+ segala perbuatan baiknya akan dilupakan, dan dia akan mati kerana dia telah berdosa.+ 14  “‘Apabila Aku berfirman kepada orang jahat, “Engkau pasti akan mati,” dan dia meninggalkan haluannya yang jahat lalu melakukan apa yang baik dan adil,+ 15  mengembalikan barang yang diambilnya sebagai jaminan hutang,+ membayar balik apa yang telah dicurinya,+ mengikut hukum yang memberikan hidup, dan tidak melakukan apa yang salah, dia tidak akan mati tetapi akan terus hidup.+ 16  Dosa-dosa lampaunya akan dilupakan.+ Dia pasti akan terus hidup kerana dia melakukan apa yang baik dan adil.’+ 17  “Tetapi bangsamu berkata, ‘Yehuwa bertindak dengan tidak adil.’ Sebenarnya merekalah yang bertindak dengan tidak adil. 18  “Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat, dia akan mati kerana perbuatan jahatnya itu.+ 19  Namun apabila seseorang yang jahat meninggalkan haluannya yang jahat dan mula melakukan apa yang baik dan adil, dia akan terus hidup.+ 20  “Tetapi kamu berkata, ‘Yehuwa bertindak dengan tidak adil.’+ Hai orang Israel, Aku akan menghakimi kamu berdasarkan perbuatan kamu masing-masing.” 21  Akhirnya, pada hari kelima, bulan ke-10, tahun ke-12 semasa kami dalam pembuangan, seorang lelaki yang telah melarikan diri dari Yerusalem datang kepadaku+ dan berkata, “Kota itu telah ditawan!”+ 22  Pada petang sebelum lelaki itu datang, kuasa suci Yehuwa telah menguasaiku,* dan Dia membuka mulutku. Maka semasa lelaki itu datang pada keesokan paginya, aku tidak bisu lagi dan dapat bercakap semula.+ 23  Yehuwa berfirman kepadaku, 24  “Anak manusia, orang yang tinggal di reruntuhan+ sedang bercakap tentang negeri Israel. Mereka berkata, ‘Abraham hanya satu orang, tetapi dia mendapat negeri ini.+ Bilangan kita ramai, jadi negeri ini pasti menjadi milik kita!’ 25  “Oleh itu, katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kamu makan daging dengan darahnya,+ berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan,* dan membunuh orang.+ Jadi mengapakah negeri ini harus menjadi milik kamu? 26  Kamu berharap kepada pedang kamu+ dan melakukan perbuatan-perbuatan yang jijik. Kamu juga berzina dengan isteri jiran kamu.+ Jadi mengapakah negeri ini harus menjadi milik kamu?”’+ 27  “Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa orang yang tinggal di reruntuhan akan dibunuh dengan pedang. Orang yang berada di padang akan menjadi makanan binatang liar. Orang yang berada di dalam kubu dan gua akan mati kerana wabak penyakit.+ 28  Aku akan membuat negeri ini menjadi tandus dan sunyi,+ dan kekuatan yang dibangga-banggakan mereka itu akan lenyap. Gunung-gunung di Israel akan menjadi begitu lengang+ sehingga tiada seorang pun melintasinya. 29  Mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku membuat negeri ini menjadi tandus dan sunyi+ kerana semua perbuatan jijik yang telah dilakukan oleh mereka.”’+ 30  “Anak manusia, engkau menjadi buah mulut bangsamu. Mereka bercakap kepada satu sama lain di tepi tembok dan di depan pintu rumah.+ Masing-masing berkata kepada saudaranya, ‘Marilah kita mendengar firman Yehuwa.’ 31  Mereka akan berkumpul dan duduk di hadapan engkau, dan sebagai umat-Ku, mereka akan mendengar kata-katamu, tetapi mereka tidak akan melakukannya.+ Mereka mengampumu dengan kata-kata manis, tetapi hati mereka tamak, dan mereka hanya menginginkan keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur. 32  Lihatlah! Bagi mereka, engkau seperti penyanyi lagu cinta yang bersuara merdu dan pandai bermain alat muzik bertali. Mereka akan mendengar kata-katamu, tetapi tiada seorang pun yang akan melakukannya. 33  Tetapi kata-katamu pasti akan menjadi kenyataan. Apabila kata-katamu menjadi kenyataan, mereka akan tahu bahawa ada seorang nabi dalam kalangan mereka.”+

Nota Kaki

Atau “tanduk.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap penjaga itu bertanggungjawab atas kematian orang itu.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”
Harfiah, “mereput.”
Atau “mula bertindak dengan tidak adil.”
Harfiah, “tangan Yehuwa telah datang ke atasku.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.