Yehezkiel 30:1-26

  • Nubuat tentang Mesir (1-19)

    • Nubuat tentang serangan Nebukadnezar (10)

  • Kuasa Firaun ditumpaskan (20-26)

30  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,  “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Merataplah begini: ‘Aduhai, hari itu sudah dekat!’   Ya, hari itu sudah dekat. Hari Yehuwa sudah dekat!+ Pada hari itu, awan gelap akan kelihatan.+ Itulah waktu yang ditentukan untuk bangsa-bangsa.+   Sebilah pedang akan menyerang Mesir, dan apabila orang Mesir dibunuh, Etiopia* akan menjadi huru-hara;Kekayaannya akan dirampas dan asasnya akan dibinasakan.+   Etiopia,+ Put,+ Lud, dan bangsa-bangsa lain,Serta Khub, dan keturunan dari tanah yang telah dijanjikan,*Semuanya akan mati dibunuh pedang.”’   Inilah firman Yehuwa: ‘Para penyokong Mesir juga akan dibunuh. Kuasa yang menjadi kebanggaan Mesir akan ditumpaskan.’+ “‘Di negeri itu, iaitu dari Migdol+ sampai ke Sieni,+ mereka akan dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.  ‘Negeri itu akan menjadi tanah yang paling tandus, dan kota-kotanya akan menjadi kota yang paling hancur.+  Setelah Aku membakar Mesir dan menghancurkan semua sekutunya, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.  Pada hari itu, Aku akan mengirim para utusan dengan kapal-kapal untuk menakutkan orang Etiopia, yang terlalu yakin kepada diri sendiri. Mereka akan menjadi cemas pada hari malapetaka menimpa Mesir. Ya, hari itu pasti akan datang.’ 10  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan menggunakan Raja Nebukadnezar dari Babilon untuk menghapuskan orang ramai di Mesir.+ 11  Raja itu dan angkatan tenteranya, iaitu tentera yang paling ganas,+ akan datang dan memusnahkan Mesir. Mereka akan menghunuskan pedang mereka dan menyerang Mesir sehingga tanah itu penuh dengan mayat.+ 12  Aku akan mengeringkan tali-tali air Sungai Nil+ dan menjual negeri itu kepada orang yang jahat. Aku akan menggunakan orang asing untuk membuat negeri itu dan segala isinya menjadi tandus.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.’ 13  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku juga akan menghapuskan patung-patung berhala yang menjijikkan* dan melenyapkan tuhan-tuhan Nof*+ yang tidak berguna. Tidak akan ada lagi pemimpin dari Mesir, dan Aku akan memenuhi negeri Mesir dengan ketakutan.+ 14  Aku akan membuat Patros+ menjadi tanah gersang, membakar Zoan, dan menghukum No.*+ 15  Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap Sin, iaitu kubu pertahanan Mesir, dan membinasakan penduduk No. 16  Aku akan membakar Mesir, dan Sin akan dicengkam perasaan takut. No akan dicerobohi dan Nof* akan diserang ketika hari masih terang. 17  Pemuda-pemuda On* dan Pibeset akan dibunuh dengan pedang, dan kota-kota itu akan ditawan. 18  Di Tehafnehes, hari akan menjadi gelap apabila Aku mematahkan kuk* Mesir di sana.+ Kuasa yang menjadi kebanggaannya akan ditumpaskan,+ awan-awan gelap akan menyelubunginya, dan pekan-pekannya akan ditawan.+ 19  Aku akan mengadili Mesir, lalu mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’” 20  Pada hari ketujuh, bulan pertama, tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku, 21  “Anak manusia, Aku telah mematahkan lengan Firaun, raja Mesir. Tiada sesiapa pun yang akan membalut lengannya agar pulih dan kuat semula untuk memegang pedang.” 22  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan melawan Firaun, raja Mesir.+ Aku akan mematahkan kedua-dua lengannya, baik lengan yang masih kuat mahupun lengan yang telah patah itu.+ Aku akan menyebabkan tangannya tidak dapat memegang pedang.+ 23  Kemudian Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ 24  Selepas itu, Aku akan menguatkan lengan raja Babilon+ dan meletakkan pedang-Ku di tangannya.+ Tetapi Aku akan mematahkan lengan Firaun, dan dia akan mengerang dengan kuat di hadapannya,* seperti orang yang hampir mati. 25  Aku akan menguatkan lengan raja Babilon, tetapi lengan Firaun akan menjadi lemah. Aku akan meletakkan pedang-Ku di tangan raja Babilon dan dia akan menyerang Mesir dengan pedang itu. Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 26  Aku juga akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ Maka mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

Nota Kaki

Atau “Habsyah.”
Mungkin merujuk kepada orang Israel yang bersekutu dengan Mesir.
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “Memfis.”
Iaitu, Tebe.
Atau “Memfis.”
Iaitu, Heliopolis.
Lihat Kamus.
Iaitu, di hadapan raja Babilon.