Yehezkiel 29:1-21

  • Nubuat tentang Firaun (1-16)

  • Mesir diserahkan kepada Babilon sebagai upah (17-21)

29  Pada hari ke-12, bulan ke-10, tahun ke-10, Yehuwa berfirman kepadaku,  “Anak manusia, pandanglah ke arah Firaun, raja Mesir, dan bernubuatlah tentang raja itu dan tentang seluruh Mesir.+  Sampaikanlah kata-kata berikut: ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai Firaun, raja Mesir, Aku akan melawan engkau.+Engkau ialah raksasa laut yang berkubang di saluran air Sungai Nil,*+Engkau telah berkata, ‘Sungai Nil milikku. Akulah yang telah membuat sungai ini untuk diriku.’+   Tetapi Aku akan memasang cangkuk pada rahangmu dan membuat ikan-ikan Sungai Nil melekat pada sisikmu. Aku akan mengheret engkau dari Sungai Nil bersama semua ikan yang melekat pada sisikmu.   Aku akan meninggalkan engkau di padang gurun bersama semua ikan dari Sungai Nil. Engkau akan mati di situ. Mayatmu akan dibiarkan di situ dan tidak akan dikebumikan.+ Aku akan membiarkan engkau dimakan binatang liar di bumi dan burung di langit.+   Maka semua penduduk Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,Kerana mereka hanyalah seperti sebatang jerami yang tidak dapat menyokong bangsa Israel.+   Apabila orang memegang tanganmu, engkau hancur remuk,Dan menyebabkan bahu mereka tercedera. Apabila orang bersandar padamu, engkau patah,Dan menyebabkan kaki mereka terketar-ketar.”+  “‘Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menyerang engkau dengan pedang,+ dan Aku akan membunuh pendudukmu dan ternakanmu.  Negeri Mesir akan menjadi tanah yang tandus dan terbiar.+ Maka mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa kerana engkau* telah berkata, ‘Sungai Nil milikku. Akulah yang telah membuat sungai ini.’+ 10  Aku akan melawan engkau dan Sungai Nil. Aku akan menyebabkan negeri Mesir menjadi tanah terbiar yang tandus dan gersang,+ dari Migdol+ sampai ke Sieni,+ bahkan sampai ke sempadan Etiopia.* 11  Baik manusia mahupun ternakan tidak akan berjalan melaluinya,+ dan tempat itu tidak akan diduduki selama 40 tahun. 12  Aku akan menjadikan Mesir tanah yang paling tandus, dan kota-kotanya akan menjadi kota yang paling lengang selama 40 tahun.+ Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.”+ 13  “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Selepas 40 tahun, Aku akan mengumpulkan orang Mesir yang tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain.+ 14  Aku akan membawa orang Mesir yang telah ditawan itu ke tanah Patros,+ iaitu negeri asal mereka. Di situ, mereka akan menjadi sebuah kerajaan yang lemah. 15  Mesir akan menjadi kerajaan yang lebih kecil daripada kerajaan-kerajaan lain, dan mereka tidak lagi dapat menguasai bangsa-bangsa lain.+ Aku akan menjadikan mereka begitu lemah sehingga mereka tidak dapat menakluki bangsa-bangsa lain.+ 16  Bangsa Israel tidak akan meminta bantuan daripada Mesir lagi.+ Apabila mereka mengingat apa yang berlaku kepada orang Mesir, mereka akan sedar betapa salahnya mereka kerana mereka telah bergantung pada pertolongan orang Mesir. Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’” 17  Pada hari pertama, bulan pertama, tahun ke-27, Yehuwa berfirman kepadaku, 18  “Anak manusia, Raja Nebukadnezar+ dari Babilon telah menyerang Tirus.+ Dia menyuruh askarnya bekerja keras sehingga kepala mereka menjadi botak dan bahu mereka melecet. Tetapi dia dan tenteranya tidak menerima upah atas usaha yang telah dicurahkannya untuk melawan Tirus. 19  “Maka Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Mesir kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Raja itu akan mengambil kekayaan negeri itu dan merampas segala hartanya sebagai upah untuk tenteranya.’ 20  “‘Raja itu telah menyerang Tirus, maka Aku akan memberikan negeri Mesir kepadanya sebagai upah kerana mereka telah bertindak bagi pihak-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 21  “Pada hari itu, Aku akan membuat sebatang tanduk bertumbuh dari bangsa Israel,*+ dan Aku akan memberi engkau peluang untuk bercakap dalam kalangan mereka. Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”

Nota Kaki

Dalam ayat ini dan ayat-ayat yang berikutnya, “Sungai Nil” merujuk kepada sungai besar dan tali-tali airnya.
Harfiah, “dia.”
Atau “Habsyah.”
Atau “akan menguatkan bangsa Israel.”