Yehezkiel 28:1-26

  • Nubuat tentang raja Tirus (1-10)

    • “Aku tuhan” (2, 9)

  • Lagu ratapan tentang raja Tirus (11-19)

    • “Engkau berada di Eden” (13)

    • “Aku melantik engkau untuk menjadi kerub yang berkawal” (14)

    • “Engkau mula berbuat jahat” (15)

  • Nubuat tentang Sidon (20-24)

  • Israel akan dikumpulkan semula (25, 26)

28  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,  “Anak manusia, beritahulah pemimpin Tirus, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kerana hatimu angkuh,+ engkau asyik berkata, ‘Aku tuhan. Aku duduk di atas takhta tuhan di tengah-tengah laut.’+ Tetapi engkau hanya manusia, bukan tuhan,Meskipun engkau menganggap dirimu sebagai tuhan.   Lihatlah! Engkau sangka engkau lebih bijak daripada Daniel,+ Dan mengetahui segala rahsia.   Kebijaksanaanmu dan pengertianmu telah membuat engkau kaya,Dan engkau terus mengumpulkan emas dan perak ke dalam tempat penyimpanan hartamu.+   Engkau menjadi sangat kaya kerana engkau pandai berniaga,+Lalu hatimu menjadi angkuh kerana kekayaanmu.”’  “‘Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kerana engkau menganggap dirimu sebagai tuhan,   Aku akan mengirim orang asing, iaitu bangsa yang paling kejam, untuk menyerangmu.+Mereka akan menghunuskan pedang dan memusnahkan segala milikmu yang cantik yang engkau peroleh dengan kebijaksanaanmu,Dan mereka akan mencemari kemuliaanmu.+   Mereka akan membawa engkau ke dalam lubang kubur,Dan engkau akan mati di tengah-tengah laut dengan penuh sengsara.+   Adakah engkau masih akan berkata, ‘Aku tuhan,’ kepada orang yang membunuhmu? Di hadapan orang yang mencemarimu, engkau hanya manusia dan bukannya tuhan.”’ 10  ‘Engkau akan dibunuh oleh orang asing dan mati seperti orang yang tidak bersunat,Kerana Aku telah mengatakannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.” 11  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 12  “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan kepada raja Tirus. Beritahulah dia, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Engkau pernah menjadi contoh kesempurnaan.Engkau penuh dengan kebijaksanaan,+ dan keindahanmu sungguh sempurna.+ 13  Engkau berada di Eden, di taman Tuhan. Engkau dihiasi dengan segala jenis batu berharga:Batu delima, batu topaz, dan batu jasper; batu krisolit, batu oniks, dan batu jed; batu nilam, batu firus,+ dan batu zamrud.Batu-batu itu ditatah pada emas. Semua itu disediakan untukmu pada hari engkau diciptakan. 14  Aku melantik engkau untuk menjadi kerub yang berkawal. Engkau berada di atas gunung suci Tuhan,+ dan engkau berjalan di antara batu-batu berapi. 15  Segala haluanmu tidak bercela sejak hari engkau diciptakanSehingga engkau mula berbuat jahat.+ 16  Kerana engkau sibuk berniaga,+Engkau menjadi kejam dan mula berdosa.+ Kerana engkau tidak suci, Aku akan mengusirmu dari gunung Tuhan lalu memusnahkanmu.+Wahai kerub yang berkawal, Aku akan mengusirmu dari batu-batu berapi itu! 17  Hatimu menjadi angkuh kerana kecantikanmu.+ Kebijaksanaanmu lesap kerana kemuliaanmu.+ Aku akan melemparkan engkau ke bumi.+ Aku akan menjadikan engkau bahan tontonan raja-raja. 18  Engkau telah mencemari tempat-tempat sucimu kerana engkau melakukan dosa besar dan berniaga secara tidak jujur. Aku akan menyalakan api di tengah-tengahmu, dan engkau akan habis dijilat api.+ Aku akan menyebabkan engkau menjadi abu di atas bumi, di hadapan semua orang yang melihatmu. 19  Orang daripada bangsa-bangsa lain yang mengenalimu akan melihatmu dengan rasa terkejut.+ Kesudahanmu yang dahsyat akan datang secara tiba-tiba,Dan engkau akan lenyap buat selama-lamanya.”’”+ 20  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 21  “Anak manusia, pandanglah ke arah Sidon+ dan bernubuatlah kepadanya. 22  Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai Sidon, Aku akan dimuliakan di tengah-tengahmu apabila Aku melawanmu.Ya, orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku menghakimimu dan apabila Aku disucikan di tengah-tengahmu. 23  Aku akan mendatangkan wabak penyakit atasmu dan darah akan mengalir di jalan-jalanmu. Pedang akan menyerangmu dari semua arah, dan orang yang tinggal di dalammu akan mati.Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 24  “‘“Kemudian bangsa Israel tidak akan lagi dikelilingi oleh orang yang menghina mereka, yang bagaikan duri atau belukar berduri yang asyik menusuk mereka,+ dan orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’ 25  “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Walaupun bangsa Israel tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain,+ Aku akan mengumpulkan mereka semula. Dengan demikian, Aku akan menyatakan kesucian-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain.+ Mereka akan tinggal di tanah mereka,+ iaitu tanah yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub.+ 26  Mereka akan tinggal di sana dengan aman.+ Mereka akan membina rumah-rumah dan mengusahakan ladang-ladang anggur.+ Mereka akan hidup dengan aman apabila Aku menghakimi semua bangsa di sekeliling mereka yang telah menghina mereka.+ Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.”’”

Nota Kaki