Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 22:1-21

  • Sungai air kehidupan (1-5)

  • Kata penutup (6-21)

    • ‘Marilah! Dapatkan air kehidupan dengan percuma’ (17)

    • “Datanglah, Tuan Yesus” (20)

22  Malaikat itu menunjukkan sungai air kehidupan kepadaku.+ Airnya jernih seperti kristal dan mengalir dari takhta Tuhan dan takhta Anak Bebiri+  ke tengah-tengah jalan utama kota itu. Di kedua-dua belah sungai itu terdapat pokok-pokok kehidupan yang berbuah 12 kali setahun, iaitu sekali sebulan. Daun-daun pokok itu dapat menyembuhkan bangsa-bangsa.+  Segala kutukan tidak akan wujud lagi. Takhta Tuhan dan takhta Anak Bebiri+ akan ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba Tuhan akan menjalankan khidmat suci kepada-Nya.  Mereka akan melihat wajah-Nya,+ dan nama-Nya akan tertulis pada dahi mereka.+  Waktu malam tidak akan wujud lagi,+ dan mereka tidak memerlukan cahaya pelita ataupun cahaya matahari, kerana Tuhan Yehuwa* akan menerangi mereka,+ dan mereka akan memerintah sebagai raja buat selama-lamanya.+  Malaikat itu berkata kepadaku, “Kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.+ Yehuwa,* Tuhan yang mengilhami para nabi,+ telah mengutus malaikat-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk menunjukkan hal-hal yang mesti segera berlaku.  ‘Lihatlah! Aku akan segera datang.+ Berbahagialah orang yang mematuhi kata-kata nubuat dalam gulungan ini.’”+  Aku, Yohanes, telah mendengar dan melihat hal-hal ini. Setelah aku mendengar dan melihatnya, aku bersujud untuk menyembah malaikat yang menunjukkan hal-hal ini kepadaku.  Namun malaikat itu berkata kepadaku, “Berhati-hatilah! Jangan buat begitu! Aku hanyalah seorang hamba seperti kamu dan saudara-saudara kamu yang merupakan nabi, dan seperti orang yang mematuhi kata-kata dalam gulungan ini. Sembahlah Tuhan.”+ 10  Malaikat itu juga memberitahu aku, “Jangan rahsiakan* kata-kata nubuat dalam gulungan ini, kerana masa yang ditetapkan sudah dekat. 11  Biarlah orang yang berbuat salah terus berbuat salah, dan biarlah orang yang najis terus melakukan perbuatan yang najis. Namun, biarlah orang yang berbuat benar terus berbuat benar, dan biarlah orang yang suci tetap suci.” 12  “Lihatlah! Aku akan segera datang. Aku akan membawa ganjaran untuk diberikan kepada setiap orang sebagai balasan bagi perbuatannya.+ 13  Aku ialah Alfa dan Omega,*+ yang pertama dan yang terakhir, yang mula dan yang akhir. 14  Berbahagialah orang yang mencuci jubah mereka+ supaya mereka berhak untuk makan buah daripada pokok-pokok kehidupan,+ dan supaya mereka dapat masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya.+ 15  Di luar ada anjing-anjing,* orang yang mengamalkan ilmu sihir, orang yang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* pembunuh, penyembah berhala, dan semua orang yang suka berdusta, baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan.”+ 16  “Aku, Yesus, telah mengutus malaikatku untuk memberikan kesaksian kepada kamu tentang hal-hal ini demi manfaat sidang-sidang. Akulah akar Daud+ dan aku juga keturunannya. Akulah bintang pagi yang terang.”+ 17  Kuasa suci Tuhan dan pengantin perempuan itu+ terus berkata, “Marilah!” Hendaklah sesiapa yang mendengar berkata, “Marilah!” Hendaklah sesiapa yang dahaga datang.+ Hendaklah sesiapa yang menginginkan air kehidupan mendapatkannya dengan percuma.+ 18  “Aku memberikan kesaksian kepada semua orang yang mendengar kata-kata nubuat dalam gulungan ini: Jika sesiapa menambahkan sesuatu pada kata-kata ini,+ Tuhan akan menambahkan tulah-tulah yang tertulis dalam gulungan ini kepadanya,+ 19  dan jika sesiapa mengambil keluar sesuatu daripada kata-kata nubuat dalam gulungan ini, Tuhan tidak akan membenarkannya menerima hal-hal baik yang tertulis dalam gulungan ini. Maksudnya, orang itu tidak dibenarkan makan buah daripada pokok-pokok kehidupan+ dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kota suci itu.+ 20  “Dia yang memberikan kesaksian tentang hal-hal ini berkata, ‘Ya, aku akan segera datang.’”+ “Amin! Datanglah, Tuan Yesus.” 21  Semoga kebaikan hati Tuan Yesus yang unggul menyertai umat suci Tuhan.

Nota Kaki

Harfiah, “memeterai.”
Atau “A dan Z.” Alfa dan Omega ialah abjad pertama dan terakhir dalam bahasa Yunani.
Iaitu, mereka yang mengamalkan perbuatan yang menjijikkan di mata Tuhan.
Lihat Kamus.