Kisah Para Rasul 17:1-34

  • Paulus dan Silas di Tesalonika (1-9)

  • Paulus dan Silas di Berea (10-15)

  • Paulus di Atena (16-22a)

  • Paulus berucap di Areopagus (22b-34)

17  Mereka meneruskan perjalanan melalui Amfipolis dan Apolonia lalu tiba di Tesalonika.+ Di situ terdapat sebuah rumah ibadat orang Yahudi.  Seperti yang biasa dilakukan oleh Paulus,+ dia memasuki rumah ibadat. Selama tiga hari Sabat berturut-turut, dia menggunakan Ayat-Ayat Suci untuk berbincang* dengan orang di situ.+  Dia menjelaskan dan mengutip ayat-ayat untuk membuktikan bahawa Kristus harus menderita+ dan dibangkitkan daripada kematian.+ Paulus berkata kepada mereka, “Yesus yang aku khabarkan kepada kamu ialah Kristus.”  Hasilnya, sebilangan daripada mereka percaya lalu bergaul dengan Paulus dan Silas,+ begitu juga dengan ramai orang Yunani yang menyembah Tuhan dan ramai wanita yang terkemuka.  Tetapi orang Yahudi berasa cemburu.+ Maka mereka mengumpulkan para penjahat yang merayau-rayau di tempat awam* dan membentuk sekumpulan perusuh. Mereka menimbulkan kekacauan di kota dan menyerbu rumah Yason, kerana ingin membawa Paulus dan Silas kepada kumpulan perusuh itu.  Apabila mereka tidak menjumpai Paulus dan Silas, mereka mengheret Yason dan beberapa orang saudara kepada para pemerintah kota lalu berseru, “Dua orang lelaki yang menimbulkan masalah di serata tempat sudah datang ke sini,+  dan Yason telah menyambut mereka sebagai tetamu. Semua orang ini menentang perintah Kaisar.* Mereka mengatakan bahawa ada seorang raja yang lain, iaitu Yesus.”+  Apabila orang ramai dan para pemerintah kota mendengar kata-kata itu, timbullah kegemparan dalam kalangan mereka.  Setelah ikat jamin dibayar, barulah Yason dan saudara-saudara lain dibebaskan. 10  Pada malam itu juga, saudara-saudara menghantar Paulus dan Silas ke Berea. Setibanya di situ, mereka memasuki rumah ibadat orang Yahudi. 11  Fikiran orang di situ lebih terbuka daripada fikiran orang di Tesalonika, kerana mereka sangat sudi menerima firman Tuhan. Setiap hari, mereka mengkaji Ayat-Ayat Suci dengan teliti untuk memastikan sama ada apa yang didengar oleh mereka itu benar atau tidak. 12  Oleh itu, ramai antara mereka percaya kepada Yesus, begitu juga dengan ramai lelaki dan wanita Yunani yang terkemuka. 13  Tetapi apabila orang Yahudi dari Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus juga mengisytiharkan firman Tuhan di Berea, mereka pergi ke situ untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan rusuhan.+ 14  Maka saudara-saudara di situ segera menghantar Paulus ke kawasan persisiran pantai,+ tetapi Silas dan Timotius tetap tinggal di Berea. 15  Apabila orang yang menemani Paulus membawanya sampai ke Atena, Paulus menyuruh mereka memberitahu Silas dan Timotius+ agar datang kepadanya secepat mungkin. Selepas itu, mereka pun beredar. 16  Semasa Paulus menunggu mereka di Atena, dia berasa geram kerana melihat kota itu dipenuhi dengan berhala. 17  Oleh itu, dia pergi ke rumah ibadat dan mula berbincang* dengan orang Yahudi dan orang lain yang menyembah Tuhan. Dia juga berbuat demikian dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya di tempat awam tiap-tiap hari. 18  Tetapi beberapa orang ahli falsafah dari golongan Epikuros dan Stoik mula berdebat dengannya. Ada yang berkata, “Apakah yang hendak disampaikan oleh orang yang kuat membebel ini?” Yang lain berkata, “Nampaknya dia bercakap tentang dewa dewi bangsa asing.” Mereka berkata demikian kerana Paulus mengisytiharkan berita baik tentang Yesus dan tentang pembangkitan.+ 19  Oleh itu, mereka membawanya ke Areopagus dan berkata, “Bolehkah kami tahu tentang ajaran baharu yang kamu sampaikan itu? 20  Beberapa perkara yang kamu kemukakan itu kedengaran aneh, dan kami ingin mengetahui maknanya.” 21  Sebenarnya semua orang Atena dan orang asing yang tinggal di situ* suka menghabiskan masa lapang mereka untuk mendengar atau menceritakan sesuatu yang baharu. 22  Paulus berdiri di tengah-tengah Areopagus+ lalu berkata, “Orang Atena sekalian, menurut pemerhatianku, kamu semua nampaknya sangat alim dalam segala hal. Berbanding orang lain, kamu lebih takut kepada dewa dewi.+ 23  Misalnya, semasa aku berjalan di kota kamu, aku meneliti apa yang kamu puja dan mendapati sebuah mazbah. Pada mazbah itu tertulis ‘Kepada Tuhan yang Tidak Dikenali.’ Maka sekarang, aku hendak memberitahu kamu semua tentang Tuhan ini, iaitu Tuhan yang kamu sembah tetapi tidak kamu kenal. 24  Tuhan yang menjadikan dunia ini dan segala yang ada di dalamnya, Dialah Tuan langit dan bumi.+ Dia tidak tinggal di dalam rumah yang dibina dengan tangan manusia.+ 25  Dia juga tidak perlu dilayani oleh manusia, kerana Dia sendirilah yang memberikan kehidupan dan nafas serta segala sesuatu kepada semua orang.+ 26  Daripada seorang manusia,+ Dia menjadikan semua bangsa supaya mereka menduduki seluruh muka bumi.+ Dia juga menetapkan waktu dan menentukan batas tempat tinggal manusia,+ 27  supaya mereka mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jika mereka berbuat demikian, mereka pasti akan menemui Tuhan,+ kerana Dia sebenarnya tidak jauh daripada kita masing-masing. 28  Kita hidup, bergerak, dan wujud kerana Dia. Beberapa orang penyair kamu juga berkata, ‘Kita semua ialah anak-Nya.’ 29  “Memandangkan kita anak-anak Tuhan,+ kita tidak patut berfikir bahawa Tuhan adalah seperti hasil seni reka manusia yang diperbuat daripada emas, perak, atau batu.+ 30  Sebelum ini, orang tidak mengenal Tuhan,+ tetapi Dia tidak menyalahkan mereka. Kini, Dia mengumumkan kepada semua orang di merata tempat bahawa mereka harus bertaubat. 31  Hal ini demikian kerana Dia sudah menetapkan hari untuk menghakimi seluruh dunia+ dengan adil melalui seorang lelaki yang telah dilantik-Nya. Dia telah membangkitkan lelaki itu daripada kematian sebagai jaminan kepada semua manusia bahawa hari itu pasti tiba.”+ 32  Apabila orang di situ mendengar bahawa orang mati akan dibangkitkan, ada yang mula mengolok-olokkan Paulus.+ Namun, yang lain berkata, “Kami akan mendengar kamu bercakap tentang hal ini pada kesempatan lain.” 33  Oleh itu, Paulus meninggalkan mereka, 34  tetapi beberapa orang telah mengikutnya lalu menjadi pengikut Yesus. Antara mereka termasuk seorang hakim di mahkamah Areopagus yang bernama Dionisius, dan seorang wanita yang bernama Damaris, serta beberapa orang yang lain.

Nota Kaki

Atau “menaakul.”
Atau “pasar.”
Gelaran bagi maharaja Roma.
Atau “menaakul.”
Atau “melawat ke situ.”