Hakim-Hakim 19:1-30

  • Perbuatan keji orang Benyamin di Gibea (1-30)

19  Pada masa bangsa Israel belum mempunyai raja,+ ada seorang Lewi yang tinggal di tempat terpencil di kawasan pergunungan Efraim.+ Dia mengambil seorang perempuan dari Betlehem+ di Yehuda sebagai gundik.  Tetapi gundik itu berlaku curang terhadapnya, lalu meninggalkannya dan pulang ke rumah bapanya di Betlehem di wilayah Yehuda. Setelah perempuan itu tinggal di situ selama empat bulan,  suaminya pergi mencarinya untuk memujuknya kembali kepadanya. Orang Lewi itu membawa hamba lelakinya dan dua ekor keldai lalu berangkat ke rumah bapa perempuan itu. Setibanya di sana, perempuan itu membawa dia ke dalam rumah bapanya. Ketika bapa perempuan itu nampak orang Lewi tersebut, dia menyambutnya dengan gembira.  Bapa mentuanya, iaitu bapa perempuan tersebut, mendesaknya untuk tinggal di situ selama tiga hari. Maka dia bermalam di situ dan mereka makan serta minum bersama-sama.  Pada hari yang keempat, mereka bangun awal dan hendak berangkat. Tetapi bapa perempuan itu berkata kepada menantunya, “Makanlah dahulu supaya kamu bertenaga. Kemudian barulah kamu berangkat.”  Mereka berdua pun duduk, lalu makan dan minum bersama-sama. Kemudian bapa perempuan itu berkata, “Tinggallah semalam lagi dan bersenang-senanglah.”  Ketika orang Lewi itu bangun dan hendak berangkat, bapa mentuanya terus memujuknya, maka dia pun tinggal semalam lagi.  Pada hari yang kelima, dia bangun awal dan hendak berangkat. Tetapi bapa perempuan itu berkata, “Makanlah dahulu supaya kamu bertenaga.” Maka mereka berdua makan bersama dan berlambat-lambat sehingga matahari mula terbenam.  Apabila orang Lewi itu bangun dan hendak membawa gundiknya dan hambanya berangkat, bapa mentuanya, iaitu bapa perempuan itu, berkata kepadanya, “Lihatlah, hari sudah hampir gelap. Tinggallah semalam lagi. Sekarang sudah waktu senja, jadi bermalamlah di sini dan bersenang-senanglah. Esok kamu boleh bangun awal dan berangkat untuk pulang ke rumahmu.”* 10  Namun, orang Lewi itu tidak mahu bermalam di situ lagi. Dia berangkat bersama gundiknya, hambanya, dan dua ekor keldainya yang berpelana, lalu tiba berhampiran dengan Yebus, iaitu Yerusalem.+ 11  Apabila mereka berada dekat dengan Yebus, hari semakin senja. Maka hamba orang Lewi itu berkata kepada tuannya, “Marilah kita berhenti dan bermalam di kota orang Yebus ini.” 12  Tetapi tuannya berkata, “Kita tidak patut berhenti di kota yang penduduknya bukan orang Israel. Mari kita maju ke arah Gibea.”+ 13  Dia berkata lagi, “Mari kita pergi ke Gibea atau Rama. Kita akan bermalam di salah satu tempat itu.”+ 14  Mereka pun meneruskan perjalanan. Apabila mereka menghampiri Gibea yang diduduki oleh orang Benyamin, matahari hampir terbenam. 15  Mereka berhenti di Gibea kerana hendak bermalam di kota itu. Mereka masuk ke dalam kota itu lalu duduk di tempat awam,* tetapi tiada sesiapa pun yang menjemput mereka untuk bermalam di rumah.+ 16  Pada waktu malam, datanglah seorang lelaki tua yang baru pulang dari kerja di ladang. Dia berasal dari kawasan pergunungan Efraim+ dan sudah menetap di Gibea untuk suatu ketika. (Penduduk kota Gibea ialah orang Benyamin.)+ 17  Apabila lelaki tua itu nampak orang Lewi* itu di tempat awam,* dia bertanya, “Kamu dari mana dan hendak ke mana?” 18  Orang Lewi itu menjawab, “Kami baru datang dari Betlehem di Yehuda dan sedang dalam perjalanan ke tempat asalku, iaitu sebuah tempat yang terpencil di kawasan pergunungan Efraim. Sebelum ini aku pergi ke Betlehem di Yehuda,+ dan sekarang aku hendak pergi ke rumah Yehuwa,* tetapi tiada sesiapa pun yang menjemput aku ke dalam rumahnya. 19  Sebenarnya, kami tidak memerlukan apa-apa yang lain. Kami mempunyai cukup jerami dan makanan untuk keldai-keldai kami,+ dan juga roti+ serta wain untukku, gundikku, dan hambaku.” 20  Lelaki tua itu berkata, “Jemputlah ke rumahku!* Aku akan menjaga segala keperluan kamu. Janganlah bermalam di tempat awam.”* 21  Kemudian dia membawa mereka ke dalam rumahnya dan memberi keldai-keldai mereka makanan. Selepas itu, mereka mencuci kaki lalu makan dan minum. 22  Ketika mereka sedang bersuka ria, beberapa orang jahat dari kota itu mengepung rumah itu. Sambil memukul-mukul pintu, mereka berkata kepada orang tua itu, iaitu pemilik rumah tersebut, “Serahkan lelaki yang datang ke rumahmu itu. Kami mahu bersetubuh dengan dia!”+ 23  Pemilik rumah itu keluar dan berkata kepada mereka, “Saudara-saudaraku, tolong jangan berbuat jahat. Orang ini tetamuku. Janganlah lakukan perkara yang memalukan itu! 24  Biarlah aku serahkan anak daraku dan gundik lelaki ini kepada kamu. Kamu boleh mencabuli mereka jika kamu berkeras hendak menurut keinginan sendiri,*+ tetapi janganlah melakukan perbuatan yang keji itu terhadap lelaki ini.” 25  Tetapi mereka enggan mendengarkannya, maka orang Lewi itu menarik gundiknya+ ke luar lalu menyerahkannya kepada mereka. Gundik itu didera dan dirogol oleh mereka sepanjang malam. Pada waktu pagi ketika matahari hampir terbit, barulah mereka membiarkannya pergi. 26  Pada waktu subuh, perempuan itu datang ke rumah orang tua itu, iaitu tempat suaminya* menginap. Dia jatuh di depan pintu rumah itu dan terbaring di situ sehingga matahari terbit. 27  Pada waktu pagi, suaminya* bangun dan hendak meneruskan perjalanan. Apabila dia membuka pintu untuk keluar, dia nampak perempuan itu, iaitu gundiknya, terlantar di depan pintu dengan tangannya pada ambang pintu. 28  “Bangunlah, mari kita berangkat,” katanya. Tetapi perempuan itu tidak menjawab. Kemudian dia meletakkan perempuan itu di atas keldai lalu berangkat pulang ke rumahnya. 29  Setibanya di rumah, dia mengambil pisau lalu memotong mayat gundiknya bahagian demi bahagian menjadi 12 potongan, dan menghantar potongan-potongan itu ke semua wilayah Israel; setiap wilayah mendapat satu potongan. 30  Semua orang yang melihat potongan mayat itu berkata, “Sejak orang Israel keluar dari Mesir sampai hari ini, kami belum pernah mendengar atau melihat perkara seperti ini! Fikirlah dan bincanglah tentang hal ini.+ Kemudian beritahulah kami apa yang harus dilakukan.”

Nota Kaki

Harfiah, “khemahmu.”
Atau “dataran kota.”
Atau “pengembara.”
Atau “dataran kota.”
Atau mungkin, “dan aku berkhidmat di rumah Yehuwa.”
Harfiah, “Semoga kamu sejahtera!”
Atau “dataran kota.”
Atau “boleh mendera mereka dan melakukan apa sahaja yang kamu mahu.”
Atau “tuannya.”
Atau “tuannya.”