Dua Tawarikh 4:1-22

  • Mazbah, Laut Tembaga, dan besen (1-6)

  • Kaki pelita, meja, dan halaman Rumah Tuhan (7-11a)

  • Perabot dan perkakas Rumah Tuhan siap dibuat (11b-22)

4  Salomo membuat sebuah mazbah tembaga+ yang berukuran 20 hasta* panjang, 20 hasta lebar, dan 10 hasta tinggi.  Kemudian dia membuat sebuah tangki air yang besar, yang dipanggil Laut Tembaga.+ Tangki ini berbentuk bulat, garis tengahnya* berukuran 10 hasta, tingginya berukuran 5 hasta, dan dapat dililit dengan tali yang* berukuran 30 hasta panjang.+  Terdapat hiasan berbentuk labu+ yang mengelilingi mulut tangki itu, dan terdapat 10 biji labu dalam setiap hasta. Hiasan itu disusun dalam dua baris dan dibentuk di dalam tuangan yang sama dengan Laut Tembaga.  Tangki itu diletakkan di atas 12 buah patung lembu jantan.+ Tiga ekor lembu menghadap ke utara, tiga ke barat, tiga ke selatan, dan tiga ke timur. Tangki itu diletakkan di atas lembu-lembu itu, dan semua lembu itu membelakangi tangki itu.  Tepi tangki itu setebal satu tapak tangan.* Bahagian tepinya seperti tepi cawan, dan melengkung ke luar seperti bunga bakung yang sedang mekar. Tangki itu dapat menampung sebanyak 66,000 liter* air.  Selain itu, dia juga membuat 10 buah besen. Dia meletakkan lima buah besen di sebelah kanan dan lima buah lagi di sebelah kiri.+ Besen-besen itu digunakan untuk mencuci persembahan-persembahan yang akan digunakan untuk korban bakar.+ Laut Tembaga pula digunakan oleh para imam untuk membasuh diri.+  Kemudian dia membuat 10 buah kaki pelita daripada emas,+ menurut reka bentuk yang telah ditentukan.+ Kaki-kaki pelita itu diletakkan di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+  Selain itu, dia membuat 10 buah meja dan meletakkannya di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+ Dia juga membuat 100 buah mangkuk emas.  Dia kemudiannya membina halaman+ imam+ dan halaman luar,+ lalu membuat pintu-pintu untuk halaman itu dan menyalutinya dengan tembaga. 10  Dia meletakkan Laut Tembaga di sebelah kanan Rumah Tuhan, iaitu di sebelah tenggara.+ 11  Hiram juga membuat baldi, penyodok, dan mangkuk.+ Maka Hiram menyelesaikan semua kerja di rumah Tuhan yang benar, seperti yang diperintahkan oleh Raja Salomo kepadanya. Inilah senarai hasil kerjanya:+ 12  Dua batang tiang+ dan dua kepala tiang yang bentuknya seperti mangkuk, yang diletakkan di atas tiang-tiang itu; dua rangkaian rantai+ untuk menghiasi kepala-kepala tiang itu; 13  sebanyak 400 hiasan berbentuk buah delima+ untuk kedua-dua rangkaian rantai itu, iaitu dua baris buah delima untuk setiap rangkaian rantai;+ 14  sebanyak 10 buah pedati* dan 10 buah besen di atas pedati-pedati itu;+ 15  Laut Tembaga dan 12 ekor lembu jantan di bawahnya;+ 16  dan baldi, penyodok, garpu+ serta semua perkakas yang dibuat oleh Hiram-abiv+ daripada tembaga yang telah digilap. Semua perkakas ini dibuat untuk Raja Salomo agar dapat digunakan di Rumah Yehuwa. 17  Raja Salomo memerintahkan agar semuanya dituangkan ke dalam acuan-acuan tanah liat yang terletak di antara Sukot+ dan Zereda, di daerah Yordan. 18  Salomo membuat banyak sekali perkakas. Maka berat tembaga yang digunakan tidak diketahui.+ 19  Salomo membuat semua perabot dan perkakas+ untuk rumah Tuhan yang benar: Mazbah emas;+ meja-meja+ untuk meletakkan roti yang dipersembahkan kepada Tuhan;+ 20  kaki pelita dan pelita-pelita yang diperbuat daripada emas tulen+ (untuk dinyalakan di hadapan Bilik Maha Suci, menurut peraturan yang telah ditetapkan); 21  bunga, pelita-pelita, dan penyepit yang diperbuat daripada emas (emas yang digunakan ialah emas yang paling tulen); 22  alat pemadam sumbu pelita, mangkuk, cawan, dan bekas perbaraan (semuanya diperbuat daripada emas tulen); dan pintu-pintu masuk Rumah Tuhan, iaitu pintu Bilik Maha Suci+ dan pintu Bilik Suci yang diperbuat daripada emas.+

Nota Kaki

Atau “diameternya.”
Atau “dan lilitannya.”
Harfiah, “3,000 bath.” Lihat Lampiran B14.
Atau “pedati untuk mengangkut air.”