Dua Tawarikh 31:1-21

  • Hizkia menyingkirkan ibadat palsu (1)

  • Para imam dan orang Lewi mendapat sumbangan (2-21)

31  Sebaik sahaja perayaan itu berakhir, semua orang Israel yang ada di Yerusalem pergi ke kota-kota di Yehuda. Mereka menghancurkan tugu-tugu suci,*+ tiang-tiang suci,*+ tempat-tempat ibadat,+ dan mazbah-mazbah+ di seluruh kawasan Yehuda dan Benyamin, bahkan di Efraim dan Manasye.+ Selepas mereka memusnahkan semuanya, mereka pulang ke kota mereka. Setiap orang pulang ke rumah masing-masing.  Hizkia membahagikan para imam dan orang Lewi kepada beberapa kumpulan+ menurut tugas masing-masing.+ Setiap imam dan orang Lewi harus berkhidmat kepada Tuhan, dan mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian. Mereka juga harus memuji dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa di pintu halaman Rumah-Nya.+  Raja menyumbangkan sebahagian daripada miliknya sebagai korban bakar+ untuk dipersembahkan pada setiap pagi dan petang,+ pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan pada perayaan-perayaan lain,+ seperti yang telah ditulis dalam Hukum Yehuwa.  Selain itu, Hizkia memerintahkan penduduk Yerusalem untuk memberi para imam dan orang Lewi bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka.+ Dengan demikian, mereka boleh mematuhi* Hukum Yehuwa dengan sepenuhnya.  Sebaik sahaja perintah itu dikeluarkan, orang Israel membawa banyak sumbangan. Mereka membawa hasil pertama daripada tuaian bijirin, wain baharu, minyak,+ madu, dan segala hasil tanaman yang lain.+ Mereka membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka dengan sukarela.+  Orang Israel dan Yehuda yang tinggal di kota-kota Yehuda juga membawa persepuluhan daripada kawanan lembu dan biri-biri mereka serta persepuluhan daripada benda-benda suci+ yang telah ditahbiskan kepada Yehuwa, Tuhan mereka. Sumbangan yang dibawa oleh mereka begitu banyak sehingga bertimbun-timbun.  Pada bulan ketiga,+ sumbangan-sumbangan itu mula dikumpulkan di suatu tempat, dan kerja pengumpulan itu selesai pada bulan ketujuh.+  Ketika Hizkia dan para pemimpinnya nampak semua sumbangan itu, mereka memuji Yehuwa lalu memberkati seluruh rakyat Israel.  Hizkia bertanya kepada para imam dan orang Lewi tentang sumbangan itu, 10  lalu Azarya, iaitu seorang ketua imam dari keluarga Zadok, berkata kepadanya, “Sejak mereka mula membawa sumbangan-sumbangan itu ke dalam Rumah Yehuwa,+ banyak orang makan sehingga puas. Walaupun begitu, masih ada banyak lebihan makanan kerana Yehuwa telah memberkati umat-Nya. Lihatlah, betapa banyaknya semua lebihan ini!”+ 11  Oleh itu, Hizkia menyuruh orang untuk menyediakan bilik-bilik stor*+ di dalam Rumah Yehuwa. Maka, mereka pun berbuat demikian. 12  Dengan setia, orang terus membawa sumbangan-sumbangan, persepuluhan yang diwajibkan,+ dan benda-benda suci. Seorang lelaki Lewi yang bernama Konania telah ditugaskan untuk menguruskan sumbangan-sumbangan itu. Simei, saudaranya, ialah penolongnya. 13  Yehiel, Azazia, Nahat, Asael, Yerimot, Yozabad, Eliel, Ismakia, Mahat, dan Benaya dilantik oleh Raja Hizkia untuk membantu Konania dan Simei. Azarya ialah pemimpin rumah Tuhan yang benar. 14  Kore anak Yimna ialah seorang lelaki Lewi yang mengawal pintu gerbang di sebelah timur.+ Dia bertanggungjawab untuk mengurus sumbangan sukarela+ yang diberikan kepada Tuhan yang benar. Dia juga ditugaskan untuk membahagikan pemberian paling suci+ dan sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa.+ 15  Eden, Miniamin, Yeshua, Semaya, Amaria, dan Sekania bertugas di bawah pengawasan Kore. Oleh sebab mereka dapat dipercayai, mereka ditugaskan di kota-kota imam+ untuk membahagikan sumbangan kepada saudara mereka dalam setiap kumpulan.+ Sumbangan itu dibahagikan dengan sama rata kepada mereka semua, tidak kira yang tua ataupun yang muda. 16  Sumbangan itu juga diberikan kepada semua lelaki yang bertugas di Rumah Yehuwa setiap hari menurut kumpulan masing-masing. Selain itu, anak-anak mereka yang berumur tiga tahun dan ke atas, yang disenaraikan dalam salasilah keluarga, juga mendapat bahagian daripada sumbangan itu. 17  Para imam dan orang Lewi yang berumur 20 tahun dan ke atas+ didaftarkan dalam salasilah keluarga menurut puak mereka+ dan menurut tugas kumpulan mereka.+ 18  Salasilah keluarga itu merangkumi anak isteri mereka dan semua ahli keluarga mereka. (Mereka sentiasa memastikan diri mereka suci kerana mereka diamanahkan dengan tugas yang suci.) 19  Salasilah itu juga merangkumi keturunan Harun, iaitu para imam yang tinggal di kawasan padang rumput kota-kota mereka.+ Di semua kota itu, beberapa orang lelaki telah dipilih dan diberi tanggungjawab untuk mengedarkan makanan kepada para imam dan semua orang yang tersenarai dalam salasilah keturunan orang Lewi. 20  Hizkia berbuat demikian di seluruh Yehuda. Dia setia kepada Yehuwa dan terus melakukan apa yang baik dan benar di mata Tuhannya. 21  Dia berjaya dalam segala usahanya untuk mencari Tuhan, tidak kira dalam hal yang berkaitan dengan kerja di Rumah Tuhan+ atau dalam hal yang berkaitan dengan Hukum Tuhan dan perintah-Nya. Hal ini demikian kerana dia melakukan semuanya dengan sepenuh hati.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “berpegang erat pada.”
Atau “bilik-bilik makan.”